Tindakan Pemandu Myvi Halang Ambulans Bawa Pesakit Undang Kecaman Ramai

TERKINI
April 19, 2024 - 03:12 PM


Setiap pengguna jalan raya pasti mengetahui bahawa mereka perlu memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan seperti jentera bomba, polis, ambulans dan lain-lain. Namun begitu, masih ada segelintir individu yang berdegil apabila tidak memberikan kerjasama bahkan menghalang laluan ambulans.

Terbaru, tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan sebuah Perodua Myvi menghalang laluan ambulans yang membawa seorang pesakit lelaki. 

“Ayah kepada kawan saya sakit, hendak dibawa ke Hospital Pantai, Pulau Pinang dari Perak.

“Sedang dalam perjalanan di Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Pulau Pinang ada Myvi ini menghalang ambulans dan tidak mahu bagi jalan kepada ambulans,” tulis hantaran itu. 

Pengirim tersebut turut berkongsi gambar seorang pesakit yang berada di dalam ambulans berkenaan.

Kejadian tersebut telah mengundang kecaman orang ramai dan ada yang meminta pengirim untuk melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa.

 

Sumber: X

Destination: