Tragedi Helikopter TLDM: Pengamal Media Lapor Polis Individu Hina Mangsa

TERKINI
April 25, 2024 - 12:44 PM


Di saat ramai yang masih bersedih dengan insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut semalam, ada pula individu yang cukup biadap apabila menulis komen melampaui batas dan menghina kru terkorban.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pengamal media. 

Kamal Abas, 51, telah membuat laporan polis malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian ke atas pemilik akaun X yang menggunakan nama Saifuddin Shafik.

"Dia (Saifuddin Shafik) telah beri komen dengan perkataan 'Baru raptai dah mampos.Tak sempat nak perang'.

"Perkataan biadap itu sepatutnya tidak dikeluarkan ketika ramai rakyat khususnya kaum keluarga mangsa sedang dalam kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga," katanya. 

Menurut Kamal, perbuatan tersebut telah melampaui batas norma tatasusila sebagaimana yang tercatat dalam rukun negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Tambahnya, dia amat berharap pihak berkuasa mengenakan hukuman setimpal terhadap pelaku sebagai pengajaran.

Kamal turut meminta pengguna media sosial yang melihat mana-mana kiriman atau komen yang menghina anggota tentera yang menjadi mangsa nahas turut mengambil tindakan membuat laporan polis. 

 

Sumber: Scoop

Destination: