"Ustaz, Nak Santau PM Israel Boleh Tak?" - Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan

TERKINI
November 01, 2023 - 10:58 AM


Konflik di Palestin masih belum menemui titik noktah apabila Israel masih lagi menyerang sehingga menyebabkan banyak yang terkorban di Gaza.

Gambar dan video yang menyayat hati yang dilihat di pelbagai platform media sosial membuatkan kita berasa sedih dan ingin membalas perbuatan terkutuk tersebut.

Baru-baru ini TikTok, tular satu video pertanyaan kepada penceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) tentang adakah kita dibolehkan untuk menghantar santau kepada Perdana Menteri Israel.

 

@izinberbagi7 Hukum kalau kita santau Perdana Menteri Israel #ceramahpendek #ceramahlucu #ceramahagama #ceramahsingkat #ustazazharidrus ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline

 

Menerusi video tersebut, UAI menjelaskan bahawa umat Islam tidak boleh melampaui batas dan melakukan perkara yang haram walaupun ketika berperang dengan musuh. Contohnya, kita tidak boleh menelanjangkan musuh kerana ia melibatkan hal aurat dan bukan keperluan. Walau bagaimanapun, umat Islam dibenarkan menembak mati atau bom pihak musuh kerana ia keperluan ketika peperangan.

Walaupun kita membenci perbuatan Israel yang menyerang orang awam ketika peperangan dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang banyak, kita masih terikat dengan hukum hakam dalam Islam.

Jadi, perbuatan untuk menyantau Perdana Menteri Israel itu haram dan tidak dibenarkan kerana ia melibatkan perkara yang menyekutukan Allah SWT.

"Orang sihir kita, kita balas dengan sihir.. tak boleh. Dia sihir, kita cari tukang sihir.. tak boleh. Yang boleh, kita balikkan sihir kepada dia (tuan sihir)." ujar UIA.

Lain macam ya soalan netizen... Tapi bagus juga sebab dapatlah kita menambah ilmu.

 

Kredit: Lobak Merah

Destination: