[VIDEO] Kanak-Kanak Berdepan Detik Cemas, Kaki Tersangkut Di Eskalator

TERKINI
February 19, 2024 - 05:25 PM


Kebanyakan pusat membeli-belah sudah tentu dilengkapi dengan kemudahan tangga bergerak atau eskalator. Namun di sebalik kemudahan ini, ramai yang tidak mengetahui bahawa eskalator juga boleh mengundang bahaya yang boleh membawa maut jika tidak digunakan dengan betul.

Itu yang meninmpa seorang kanak-kanak di salah satu pusat membeli-belah di ibu negara. Video tersebut dikongsi oleh orang awam di platform TikTok.

@azremohamed_ Bersama mendoakan adik cepat sembuh #malaysia #fyp ♬ original sound - muhammad azre

Berdasarkan video, kelihatan seorang wanita yang sedang memeluk erat seorang kanak-kanak yang kakinya dipercayai tersepit di celahan sebuah eskalator. Selain itu, kelihatan bebrapa anggota bomba sedang usaha untuk membantu kanak-kanak tersebut.

@azremohamed_ #malaysia #fyp ♬ original sound - muhammad azre

Berdasarkan komen orang ramai, insiden tersebut berpunca daripada kasut getah yang dipakai oleh mangsa. Mujur tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Ambil iktibar dari insiden ini ya ibu bapa! Perhatikan apa sahaja bahaya dan risiko yang di sekeliling anak-anak kita.

Destination: