[VIDEO] Penduduk Kampar Cemas, Harimau Liar Bebas Berkeliaran
TERKINIBaru-baru ini, viral satu ciapan di platform X memaparkan beberapa klip video yang mengejutkan warganet. Difahamkan, kehadiran seekor harimau di sekitar kawasan Kuala Mu di Sungai Siput, dan juga berkeliaran di Kampung Sahom, Kampar.
Memang tak keluar rumah la kalau dah ada kes serangan Harimau berkeliaran ni 😭 pic.twitter.com/G7sbrQCzvt
— OH! MEDIA (@ohtweet) October 31, 2023
Perhilitan memaklumkan menerima aduan tersebut berasas dengan tindakan memasang perangkap akan dilakukan dalam masa terdekat.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan ada menerima aduan berkaitan kehadiran haiwan liar itu di kampungan berkenaan.
Menurut beliau, harimau belang itu kemungkinan tersesat ekoran habitat asalnya terletak berhampiran di Hutan Simpan Salu.
“Kawasan itu (Sahom) dekat dengan Hutan Simpan Salu, mungkin harimau tersebut terlajak mencari makan kerana babi hutan di kawasan itu berkurangan ekoran wabak demam babi Afrika (ASF).
“Kita pun ada pasang perangkap bagi menangkap harimau belang itu,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video pengumuman oleh Pejabat Penerangan Daerah Kampar yang memaklumkan terdapat gangguan harimau belang di Kampung Sahom, Kampar.