Wanita Sanggup Usung Mayat Ke Bank Demi Buat Pinjaman
TERKINIDemi wang, sampai hilang simpati kemanusiaan. Seorang wanita di Brazil telah ditahan selepas dituduh membawa masuk mayat seorang lelaki ke dalam sebuah bank di Bangu, Rio De Janeiro.
Kejadian yang memeranjatkan dan pelik ini melibatkan suspek, Erika de Souza Vieira, yang didakwa mengheret mayat seorang warga emas yang didakwa bapa saudaranya ke kaunter bank.
Seorang wanita di wilayah barat Rio de Janeiro, Brasil membawa paksa seseorang pria yang sudah meninggal ke bank dan mencoba membuatnya 'menandatangani' pinjaman atas namanya sambil mengangkat kepalanya.
— The Scariest Project (@ScariestProject) April 17, 2024
Uang membutakan segalanyaa... pic.twitter.com/la9zM8cyDU
Menurut laporan, Erika Vieira juga disyaki meminta seorang warga emas untuk menandatangani dokumen perjanjian pinjaman bernilai lebih daripada RM16,000.
Tindakan pelik Erika ini mencetuskan kecurigaan seorang kakitangan bank yang bertindak pantas merakam kejadian tersebut dan melaporkan insiden itu kepada pihak polis.
Dalam rakaman yang direkodkan, terlihat Erika Vieira seolah-olah berinteraksi dengan mayat yang dikenal pasti sebagai Paulo Roberto Braga.
Dalam usaha untuk mendapatkan tanda tangan mangsa, Erika memegang pen dan cuba menggerakkan tangan lelaki itu sambil memaksanya menandatangani dokumen pinjaman.
Kejadian yang mencurigakan ini mengundang perhatian pihak berkuasa, dengan polis yang tiba di tempat kejadian sebelum mengesahkan bahawa mangsa, seorang lelaki berusia 68 tahun, sebenarnya telah meninggal dunia beberapa jam sebelum kejadian itu berlaku.
Menurut sumber yang dikenali, mayat yang ditemui di bank adalah bapa saudara Erika Vieira, yang diketahui dijaga dan dirawat olehnya semasa masih hidup.
Walau bagaimanapun, polis masih dalam proses siasatan untuk menentukan hubungan sebenar antara Erika dan Paulo serta mengesahkan butiran tentang waktu dan lokasi sebenar kematian lelaki tersebut.