ZUS Coffee Mohon Maaf, Kerjasama Bersama Jenama Sukan Yang Diboikot Hanya 'One-Off'
TERKINIGelombang "Blockout 2024 Malaysia semakin mendapat sambutan yang hangat di kalangan rakyat Malaysia. Tidak kira sesiapa sahaja termasuk artis mahupun personaliti media sosial yang kurang mahupun tidak pernah berkongsi apa-apa kandugan berkenaan dengan genosid yang berlaku terhadap rakyat Palestin pasti akan disekat.
Bukan personaliti terkenal sahaja menjadi sasaran, bahkan mana-mana jenama yang bersikap neutral mahupun menjalankan sebarang kolaborasi dan promosi bersama jenama yang tersenarai dalam Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) akan diboikot secara besar-besaran.
Jenama kopi tempatan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia susulan jenama besar yang lain diboikot, kini jadi sasaran. Hanya kerana memuatnaik satu promosi, ZUS Coffee terus menjadi perhatian warganet
Bye bye Zus Coffee pic.twitter.com/Gs7IFpuYd4
โ ๐ต๐ธ ๐ ๐ ๐ ๐ ๎จ ๐ (@luqmanhkm_14) May 15, 2024
Semuanya berpunca dari satu kandungan dimana mereka mempromosikan kerjasama secara one-off bersama jenama sukan besar dunia yang tersenarai BDS.
We hear you, and we should have known better. pic.twitter.com/Dlm9nhOSBG
โ ZUS Coffeeยฎ (@ZUSCoffee) May 16, 2024
Susulan dari itu, ZUS Coffee mengeluarkan kenyataan maaf secara terbuka tentang apa yang telah berlaku. Mereka menyedari kesilapan mereka, kurang sensitif dengan pendirian rakyat mahupun kerajaan Malaysia yang sememangnya tidak mahu menyumbang walau satu sen kepada mana-mana perniagaan yang menyumbang kepada rejim Israel.