Hukum Solat Dalam Keadaan Mengantuk
RILEKLAH XJune 23, 2022 - 03:03 PM
Pernah tak korang alami situasi nak solat tapi mengantuknya ya amattt...
Especially time Subuh atau Isyak. Mesti pernah, kan?
Jika seseorang itu mengantuk hingga tidak sedar apa yang dibaca dan dituturkan ketika solat, maka hendaklah dia berhenti untuk tidur sebentar, atau melakukan apa sahaja perkara yang dapat menghilangkan rasa mengantuk seperti minum air, berjalan dan lain-lain.
Namun jika rasa mengantuk itu ringan dan tidak menjejaskan kesedaran, maka hendaklah dia meneruskan solat.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan