Kisah Haji Yang Luar Biasa, Kerana Dron Lelaki Miskin Ghana Ini Berjaya Jejakkan Kaki Di Mekah!

RILEKLAH X
June 24, 2022 - 03:27 PM


Mungkin ramai ketika ini yang sedang 'struggle' dalam menempuhi cabaran hidup mahupun perjalanan rezeki yang tidak selancar seperti diidamkan.

Mungkin kisah seorang lelaki miskin di Ghana ini yang telah ditetapkan rezekinya daripada Allah SWT untuk menunaikan ibadah Haji di Mekah boleh membuka mata kita semua bahawa hanya Allah adalah sebaik-baik perancang dan kita perlu yakin dengan setiap janjiNya.

KISAH HAJI YANG LUAR BIASA

Lelaki ini berasal dari Ghana. Dia seorang yang miskin dan tinggal jauh di luar bandar.

Beberapa tahun lalu, Drone milik agensi berita Turki terjatuh di sebelah rumahnya.

Apabila wartawan Turki datang mencarinya, mereka mendapati lelaki itu memegang drone di tangannya dan dia secara berseloroh bertanya kepada mereka "adakah anda mempunyai yang lebih besar dari ini yang boleh bawa saya pergi buat Haji?"

Wartawan itu kemudiannya menyiarkan cerita itu dan apabila diketahui ramai -- akhirnya kerajaan Turki memutuskan untuk menghantar lelaki itu mengerjakan Haji dengan semua perbelanjaan dibiayai sepenuhnya.

Alhamdullilah, lelaki ini berjaya menjejakkan kaki di Mekah bersiap sedia untuk menunaikan haji.

Apabila Allah SWT menyeru dan menjemput kamu untuk datang ke Baitullah, DIA akan menggunakan apa sahaja dan sesiapa sahaja untuk memudahkan perjalanan kamu.

Ketahuilah bahawa ALLAH SWT adalah sebaik-baik perancang.

Sebagai hambaNya kita hanya perlu terus berdoa, usaha, ikhtiar dan tawakal.

Selebihnya SABAR dan REDHA

Ingatlah bahawa kita merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cinta-Nya!

Sumber: My News Hub

Destination: