10 Tempat Hiking Menarik Sekitar Selangor !!

October 06, 2021 - 02:49 PM


Tentu ramai diantara korang yang suka pergi hiking bagi mengisi masa lapang sambil menghirup udara segar dengan pemandangan yang menakjubkan. Dalam artikel ini, min nak sharekan beberapa lokasi menarik untuk dihiking sekitar Selangor dan Kuala lumpur.

Bukit Tabur

Ia antara lokasi yang sering menjadi pilihan kaki hiking kerana korang boleh melihat Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) secara jelas dari puncak bukit tersebut. Bukit yang berketinggian 1,300 kaki ini juga dikenali sebagai Bukit Hangus. .Dibawah bukit tabur juga terdapat satu kolam di mana setelah penat mendaki, sesuai untuk korang mandi dan berehat sebentar.

Bukit Broga

Bukit ini terkenal kerana ianya mempunyai pemandangan yang sangat lawa dan sesuai untuk korang yang suka ber OOTD (berswafoto). Tinggi Bukit Broga ini hanya 400 meter dan sesuai untuk mereka yang baharu berjinak-jinak dalam dunia hiking.

Bukit Gasing

Bukit ini teramatlah sesuai kepada hikers yang baru sahaja berjinakkan diri dalam dunia hiking. Ini kerana laluannya yang agak mudah tidak memerlukan masa yang lama. Tarikan utama di sini, anda bakal menempuhi jambatan gantung yang merentasi sungai. Lokasinya hanya terletak di Petaling Jaya.

Bukit Kiara Park: Kuala Lumpur

Disini terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berbasikal, menunggang motosikal lasak atau menunggang kuda. Laluannya tidak begitu mencabar kerana ianya memerlukan kira-kira hanya satu jam untuk sampai ke puncak.

Lata Medang: Kuala Kubu Bharu

Tempat ini sangat menarik kerana selepas hiking, korang mandi air terjun tetapi tempat ini agak berbahaya kerana laluannya yang licin, jadi kepada korang yang berniat untuk bawak kanak-kanak, korang mesti peka dengan keadaan sekeliling. Laluannya yang mencabar juga boleh menyebabkan korang tersesat maka sebaiknya korang pergi bersama kawan-kawan korang yang pernah sampai di lokasi tersebut. Tempoh pendakian tidaklah begitu lama kerana ianya memerlukan hanya dua ke tiga jam sahaja.

Gunung Nuang: Hulu Langat, Selangor

Gunung ini agak mencabar kerana laluannya agak sukar malah memerlukan kira-kira empat hingga lima jam untuk ke puncak. Biarpun ia memerlukan masa yang lama namun ianya amat berbaloi kerana lokasinya yang cantik dan mendamaikan. Tempat ini juga terdapat dua tapak perkhemahan iaitu Kem Lolo dan Kem Pacat.

Bukit Jugra: Kuala Langat, Selangor

Terdapat pelbagai sejarah di sini antaranya Rumah Api di kawasan tersebut pernah dijadikan panduan pedagang ke pelabuhan. Bukit ini menghadap ke arah Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Di sini juga terdapat banyak aktiviti lain yang boleh korang lakukan seperti paragliding dan banyak lagi.

Canopy Walk: FRIM Kepong

Lokasi ini sesuai untuk menghilangkan rasa gayat namun korang akan dikenakan bayaran mengikut laluan yang dipilih. Tempoh masa diberikan antara 30 minit hingga satu jam. Disana juga terdapat air terjun yang boleh korang singgah.

Air Terjun Chiling: Kuala Kubu Bharu

Hanya dengan membayar yuran pendaftaran serendah RM1, korang boleh melihat keindahan alam sekitar dan mandi-manda air terjun. Jika inginkan ‘privacy’ boleh ke bahagian atas kerana kebiasaannya ia kurang sesak.

Bukit Kutu: Selangor

Dahulu ianya dikenali sebagai ‘Treacher’s Hill’ dengan ketinggian 3,456 kaki. Seawal perjalanan, korang akan menemui bekas tapak banglo yang telah runtuh. Lebih menarik sisa-sisa bangunan masih ada di kawasan tersebut. Nak tahu lebih lanjut mengenai banglo tersebut bolehlah ke sana dan rasai sendiri pengalamannya.

Destination: