5 Negara Asia Yang Anda Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin!

March 17, 2022 - 02:41 PM


Menjelang pembukaan sempadan negara 1 April nanti, apa kata korang standby dulu bucket list travel di rantau Asia! Ini antara 5 negara Asia yang boleh korang kunjungi tanpa perlu kuarantin sebaik tiba di sana! Maklumat yang terpapar di sini semuanya yang terkini. Take note, syarat di setiap negara mungkin berubah mengikut keadaan semasa kes covid di negara tersebut.

Antara garis panduan yang perlu korang patuhi adalah individu yang telah menerima vaksinasi lengkap boleh terbang ke luar negara bermula 11 Oktober yang lalu tanpa perlu memohon permit MyTravelPass. Sebelum pulang ke Tanah Air, anda perlu menjalani dua swab test iaitu sebelum penerbangan pulang ke Malaysia dan sebaik tiba di Malaysia

Anda juga perlu kuarantin sebaik tiba di Malaysia (5 hari untuk yang telah menerima booster, 7 hari untuk mereka yang lengkap 2 dos) dan menjalani ujian yang lengkap semasa tempoh kuarantin, kuarantin di rumah juga dibenarkan.

1. Singapura

Taknak duduk lama dalam flight, apa kata kita bercuti di negara jiran kita iaitu Singapura. Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Banyak tarikan di sana misalnya bercuti di Marina Bay Sands, menikmati permandangan melalui Singapore Flyer, melawat Bay East Garden yang cukup ikonik dan bermacam lagi! Anda tidak perlu kuarantin sebaik tiba namun anda perlu membuat ujian PCR sebelum berangkat dan dalam 24 jam sebaik tiba di Singapura.

2. Thailand

Tak perlu disangkal lagi, Thailand sentiasa menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Terkenal dengan keindahan pulaunya! Nak cari makanan pun senang sebab banyak port makanan halal! Bermula 1 Febuari yang lalu, "Test-&-Go" iaitu program untuk merancakkan kembalik sektor pelancongan di sana, pelancong luar negara boleh bercuti tanpa perlu kuarantin telah boleh dipohon oleh pelbagai negara termasuk Malaysia! Sebelum berangkat, anda hanya perlu menjalani ujian PCR 72 jam sebelum penerbangan. Anda juga perlu menempah SHA+ atau AQ (Alternative Quarantine) hotel untuk hari pertama anda tiba di sana. Untuk maklumat lebih lanjut klik sini

3. Bali

Bali Indonesia, yang cukup terkenal dengan keindahan pantai, budaya dan permandangan alam semulajadi yang memukau! Bermula 7 Mac 2022, Malaysia antara negara terpilih untuk diberikan kebenaran melancong ke sana tanpa perlu kuarantin. Anda cuma perlu menjalani 2 ujian PCR, iaitu sebelum berangkat dan pada hari ketiga anda di sana. Anda perlu tampilkan bukti pengesahan tempahan dan bayaran pakej pelancongan atau penignapan minimum 4 hari di Bali. Anda juga perlu muat turun aplikasi PeduliLindungi dan isi maklumat di e-HAC Indonesia. Untuk malumat lanjut tentang apa yang anda perlu buat boleh klik link ini.

4. Maldives

Antara lokasi yang sering menjadi pilihan untuk bermulan madu. Tak perlu dipersoalkan lagi bertapa cantiknya pulau ini. Terkenal dengan air laut yang jernih bak kristal, pasir putih pantai dan juga pelbagai pilihan sajian makanan halal. Nak bawa keluarga atau pasangan memang cukup sesuai!  Maldives sekarang dibuka untuk semua pelancong  tanpa perlu menjalani kuarantin dengan hanya membawa bukti ujian negatif PCR antara hari ketiga atau kelima sebaik anda tiba di sana. Anda juga perlu membawa satu borang pengisytiharan kesihatan dalam masa 48 jam sebelum waktu penerbangan anda. Klik link untuk dapatkan borang. 

5. Vietnam

Vietnam antara negara yang cukup underrated di benua Asia Tenggara! Negara yang penuh dengan daya tarikan baik dari pengembaraan, sejarah dan budaya, dan juga kecantikan alam semulajadi. Nak makan pun tak susah sebab banyak makanan halal! Vietnam baru sahaja mengumumkan pembukaan sempadan bagi pelancong antarabangsa bermula 15 Mac 2022.  Selain anda perlu tampilkan bukti ujian negatif PCR ketika sebelum dan sebaik tiba di sana, anda cuma perlu kuarantin sehari sementara menunggu hasil ujian ketika ketibaan di Vietnam. Anda juga perlu muat turun aplikasi PC-COVID.

Destination: