6 Tips Elak Kecurian Dalam Kapal Terbang Ketika Travel

TIPS TRAVEL
October 31, 2019 - 05:28 PM


Siapa dekat sini yang ada pengalaman atau mempunyai kenalan yang pernah mengalami kejadian kecurian ketika travel menaiki kapal terbang?

Memanglah orang kata 'malang tak berbau' kan, tapi sekurang-kurangnya kita kena juga ambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko berdepan kes kecurian yang akhirnya bakal menyusahkan serta merosakkan mood percutian kita.

Menariknya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil usaha proaktif dengan berkongsi 6 panduan kepada penumpang yang menaiki penerbangan bagi memastikan semua barangan peribadi yang berharga termasuk wang tunai dan gajet berada dalam keadaan selamat.

Berikut tips PDRM bagi elak kecurian berlaku di dalam kapal terbang :-

1) Simpan Barangan Berharga Pada Ruang Hadapan Kerusi Masing-Masing

2) Sentiasa Peka Dengan Keadaan Sekeliling

3) Pastikan Beg Yang Dibawa Berkunci & Memiliki Ciri-Ciri Yang Mudah Dikenali Seperti Warna, Bentuk Dan Tag Nama

4) Simpan Wang & Kad Kredit Yang Dibawa Dalam Beg Berasingan

5) Simpan Bag Di Tempat Simpanan Bagasi Secara Bertentangan Agar Mudah Diperhatikan

6) Laporkan Segera Kepada Kru Penerbangan Jika Mengesyaki Ada Individu Mencurigakan Dalam Pesawat

Sumber: Sinar Harian

 

Destination: 
;