7 Tips Ringkas Percutian Keluarga 2022 ke Switzerland

June 22, 2022 - 05:12 PM


Ni pertama kali aku travel bawa satu family ke luar negara, selalu aku pergi dengan wife dan sekali pergi bawa anak pertama.

Tapi since semua dah besar, aku fikir its right thing to do and bagi mereka explore pengalaman yang tak selalu kita jumpa tempat kita.

Planning - perkara paling penting bila kita nak travel dengan keluarga sebab kita kena fikir flight, route, penginapan, makanan, kenderaan dan juga masa aktiviti. Ni semua akan mempengaruhi mood.

#1 Tip - Kanak kanak bukan ada tenaga full macam kita kecuali dia jumpa apa dia suka kan.

Flight - Cukuplah 1 flight yang terus sampai ke destinasi kita. Macam kami pilih Emirates hari tu, satu sebab tengah promosi dan Emirates merupakan airlines top di dunia.

#2 Tip - Jangan sebab nak jimat kita ambil flight connection banyak. Waktu transit dan juga masa nak tukar flight boleh pengaruhi mood terutama bila dengan anak anak.

Kenderaan - Dekat Swiss, ada banyak pilihan. STP, Half Fare, Special Passes kalau kita nak travel by public transport. Ada motorhomes kalau kita nak travel lebih adventure, dan juga boleh drive sendiri (mudah sangat). So fikirkan method mana nak pilih sebab kita tahu anak anak kita macam mana.

#3 Tip - Aku pilih kereta sebab senang, antara satu tempat ke satu tempat anak anak boleh tidur kalau penat.

Route & Aktiviti - Hal ini subjektif bergantung pada apa kita nak capai. Negara yang kita pilih pun berdasarkan apa kita nak tengok kan.

#4 Tip - Jadi plotkan mana nak pergi dan apa nak buat guna google map. Kirakan sekali berapa harga aktiviti yang kita akan bayar dan kalau boleh cuba cari alternatif untuk dapat diskaun.

Penginapan - Bergantung juga pada preferable kita. Kalau nak luxury pun ada, nak standard pun ada. Sebab dekat Swiss ada hotel, motel, AirBnB dan juga campsite. Aku pilih AirBnb sebab aku suka duduk dekat dengan local.

Makanan - Dekat Swiss memang dah terkenal dengan mahalnya negara ni. Jadi kita tak boleh nak lari lah, tapi kita kita boleh kawal perbelanjaan dengan bawa makanan dari Malaysia.

Ada banyak kan sekarang or kita boleh masak kalau tempat kita sewa tu ada kitchen. Tapi kedai halal tetap ada kalau nak makan luar.

#5 Tip - Jangan lupa bawa botol air, sebab air dekat sana boleh isi mana mana sahaja dan fresh! Macam air Coway.

Season - Satu lagi benda penting adalah season apa nak pergi. Setiap season ada kelebihan dia dan masa daylight dia. Winter memang ada salji dan sejuk tapi waktu siang dia pendek. Rugi lah kalau siang pendek sebab nak berjalan pun sekejap je kan.

#6 Tip - Jadi pilihlah season yang lebih mesra masa, Autumn or Spring.

Go Slow - Bercuti dengan keluarga, kita kena go slow. Means kita nak nikmati saat-saat dengan mereka. Budak budak mungkin akan ingat ingat lupa tapi kita tak akan lupa moment dan saat ni dengan mereka.

#7 Tip - Jangan nak kejar OOTD sampai lupa masa nak bersama. Tak apa tak ada gambar cun, tapi pengalaman tetap terpahat sampai bila bila.

Budget - Sesungguhnya travel sendiri lebih jimat dari travel dengan travel agen. Itu je haha. Papepun pilihan di tangan korang.

Learning - Bila travel anak anak akan belajar banyak benda. Disiplin, tepati masa, belajar culture baru, belajar hargai banyak benda. Sebab masa ni, mereka akan tanya banyak soalan sebab mereka lihat benda benda baru.

Kalau korang hiking, cuba fikir berapa banyak support motivasi nak bagi supaya sampai di puncak.

Tempat-tempat yang dikunjungi

Day 1 - Geneva, Stay Leysin

Day 2 - Bern & Gruyeres

Day 3 - Grimentz, Champex , Château de Chillon

Day 4 - Zermatt

Day 5 - Lake Blause, Lake Oeschinensee. Stay Halisberg

Day 6 - Lauterbrunnen, Grimdelwald First

Day 7 - Interlaken, Cruise Boat Interlaken Lake Brienz, Victoronix Factory Outlet

Day 8 - Mt. Titlis, Lucerne, Halisberg

Day 9 - Rhine Falls, Zurich

Transport

  • Pandu sendiri, HalfFare Card (Family Card)
  • AirBnB
  • Emirates Airlines

Paling penting, kena nikmati segalanya. So where next?

Perkongsian: Saizul Hafiz, Klang

Destination: