Anda Selalu Travel Solo? Ini Tips Keselamatan Yang Boleh Dicuba!

October 29, 2019 - 01:04 PM


Siapa di sini yang suka atau gemar melancong ke luar negara bersendirian?

Kalau jadi solo traveller ini, selalunya macam mana nak pastikan keberadaan atau keselamatan korang sepanjang di negara orang sentiasa dipantau dan diketahui oleh pihak berkuasa?

Seorang individu di Twitter yang dikenali sebagai @AboyliciouS telah berkongsi tips keselamatan yang selalu diamalkan oleh dirinya ketika travel solo ke luar negara.

Kebiasaannya, beliau akan menulis surat rasmi dengan mengisi segala maklumat peribadi dan info terperinci mengenai percutiannya yang kemudian diemail kepada Kedutaan Malaysia di negara yang dilawati.

Berikut adalah contoh kandungan surat yang dibuat oleh pengembara solo ini sebelum bercuti ke Indonesia pada bulan lepas.

Dan ini balasan email yang beliau terima daripada pihak Kedutaan Malaysia di Indonesia.

 

Selain contoh surat pemberitahuan, beliau juga mencadangkan kepada mana-mana traveller untuk mendapatkan segala butiran mengenai Kedutaan Malaysia di seluruh dunia dengan klik https://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission.

 

Semoga dengan perkongsian berguna ini, korang juga dapat amalkan untuk sentiasa mengemaskini maklumat percutian kepada pihak berkuasa sebagai langkah berjaga-jaga. 

Destination: