Bila Kena Duduk Rumah Yang Paling Seksa Jiwa Mesti Si Kaki Travel, Kan? Buat 5 Benda Ni Confirm Korang Tak 'Pishang'!

March 27, 2020 - 05:26 PM


Sejak penularan COVID-19 menjadi pandemik dan meragut ribuan nyawa di seluruh dunia, banyak negara yang telah menyekat pintu keluar masuk mereka untuk pelancong asing, termasuk Malaysia.

Malah, masyarakat dunia juga tidak lagi dibenarkan untuk bercuti ke luar negara dan hanya digalakkan duduk di rumah seperti yang sedang kita alami kini menerusi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi yang memang suka travel dan kaki jalan, mesti korang antara yang paling bosan bila disuruh duduk diam-diam di rumah, kan? 

Apa kata korang ikut cadangan seorang pengguna Facebook ini yang dikenali sebagai Ayu Hasman yang berkongsi 5 tip yang korang boleh buat ketika musim PKP -- versi khas kepada kaki travel!

1. MUATNAIK GAMBAR-GAMBAR 'THROWBACK' DI IG & FB

Masa ni la korang boleh clear kan memori phone korang dengan upload ribuan gambar dari previous trip. Mana tau, lepas habis PKP korang tetibe bole buat duit jadi Travel Influencer. Tak cuba, tak tahu (remarks: Jangan lupa letak hashtag #throwback. Takut nanti korang kena serang dengan acik bawang 😆)

2. TULIS PENGALAMAN TRAVEL KORANG DI BLOG

Setup blog dan mula menulis pengalaman travel. Kalau kena gaya, korang pun boleh generate income dari sini.

3. COMPILE GAMBAR PERCUTIAN KE DALAM 'PHOTOBOOK'

Edit dan print gambar holiday dalam bentuk photobook. Kalau time keje memang tak dan nak buat benda alah ni.

4. BELAJAR EDIT VIDEO TRAVEL KORANG SENDIRI

Belajar online video editing. Pastu korang edit la sendiri video travel korang tu. Dah siap edit, upload di channel youtube. Kalau tak reti jugak, korang boleh try edit video pakai mobile apps FilmoraGo ataupun Quick. Kacang je!

5. TERUSKAN BERANGAN & RANCANG PERCUTIAN IMPIAN BAGI RAIKAN 'PEMBEBASAN COVID-19'

Merancang next percutian walaupun tak tahu bila nak pergi 😂 Dreaming is free. Kalau berangan ni boleh membuatkan korang gembira semasa berada di rumah, why not!

Sis faham, sape yang jenis tak reti duduk diam tu mesti sekarang ni tengah tekanan. Sis pun rasa macam tu jugak masa dua hari pertama RMO. But lets give full cooperation, dan sama-sama berganding bahu untuk menghapuskan covid-19 ❤️

Selamat mencuba!

Sumber & Kredit Gambar: Ayu Hasman 

 

Destination: