Cantiknya, Antara Resort Terbaik Untuk Bercuti Di Malaysia

November 26, 2021 - 02:06 PM


Terdapat banyak pulau-pulau yang lawa yang terdapat di Malaysia. Bila disebut tentang pulau tentu teringat akan pulau-pulau seperti pulau redang, sibu, perhentian, tioman dan banyak lagi. Kami percaya ramai di antara korang yang sedang mencari tempat yang cukup cantik dan selesa untuk menikmati keindahan laut. Di Malaysia sahaja terdapat banyak resort yang tersedia untuk korang bercuti dan menikmati keindahan laut dengan harga yang berpatutan.

Namun, dalam artikel kali ini kami akan sharekan kepada anda tentang satu resort yang terletak di Semporna Sabah. Nusakuya Resort, sebuah resort yang cukup cantik sehingga korang wajib masukkan resort ini dalam senarai percutian korang. Bila korang datang ke sini, korang tentu akan jatuh hati pada pemandangannya yang cukup tenang dan penuh dengan biru. 

Menarik tentang resort ini adalah ianya terapung dan korang akan dikelilingi oleh laut biru. Tempat ini sangat sesuai bagi korang yang ingin bermulan madu, bayangkan bersweet-sweet bersama pasangan sambil meilhat keindahan laut. Bagi yang ingin membawa keluarga juga tidak menjadi masalah kerana di sini korang boleh membawa keluarga dan meluangkan masa bersama setelah sibuk dengan urusan kerja

Terdapat banyak pakej menarik yang ditawarkan oleh Nusakuya Resort ini antaranya ialah makan dari pagi sampai malam, pemindahan kapal dari jeti semporna dan snorkeling. Ini tentu akan membuatkan aktiviti harian korang di sana lebih bermakna dan bercakap tentang harga, Harga di sini bermula dari RM840 semalam untuk 2 orang. Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi nombor di bawah.

call atau ws : www.wasap.my/60176231156/nusakuyaresort untuk lebih detail

Destination: