COVID-19: Ini 10 Langkah Mudah Untuk 'Refund' Tiket AirAsia Korang!

March 06, 2020 - 03:52 PM


Macam yang kita sedia maklum, situasi semasa penularan wabak COVID-19 belum menemui titik noktah, malah semakin banyak kes dan bilangan negara baru yang turut dijangkiti virus berkenaan.

Negara kita pun tak terkecuali, bahkan sudah ada gelombang kedua yang berlaku sejak 27 Februari lalu selepas 11 hari Malaysia tidak mempunyai kes baharu.

Bagi korang yang terpaksa membuat pembatalan penerbangan susulan sekatan perjalanan yang dikenakan kerajaan terhadap semua destinasi di CHINA, HONG KONG, MACAU dan TAIWAN -- ini ada cara mudah untuk korang mendapatkan pembayaran balik atau 'Refund or Credit Account'.

AirAsia memberi pilihan tersebut kepada semua tempahan penerbangan bermula sekarang hingga ke 31 MAC 2020.

Berikut langkah-langkah yang perlu korang lakukan untuk mendapatkan semula refund tiket daripada AirAsia:

1. Pergi ke laman web rasmi AirAsia

2. Klik CHAT WITH AVA

3. Klik REFUND - AIRASIA NEW REFUND REQUEST - FLIGHT CANCELATION REFUND - Klik YES

4. Isikan semua maklumat yang diminta : Booking No, Family Name, Guest Name, Date Of Birth, Email yang digunakan semasa booking tiket.

5. Taip N jika cancel salah satu flight & Taip Y jika cancel semua flight ( No Booking itu sahaja )

6. Pilih nama guest yang nak refund tiket (jika semua guest, masukan semua ikut format yang diminta)

7. Taipkan satu subjek berkenaan kes tersebut ( Simple subjek )

9. Pilih refund pilihan sama ada menerusi 'Credit Account' (Air Asia Big members) atau dimasukkan ke dalam akaun bank di mana anda buat bayaran terdahulu.

10. Akhir sekali, korang akan menerima Number Case oleh AVA. Email korang pun akan menerima Number Case yang sama.

 Selesai semua langkah ini, status refund anda kini adalah “Dalam Proses”.

Meskipun proses refund bakal mengambil tempoh selama 30 hari, namun biasanya hanya dalam seminggu lebih sahaja pembayaran balik itu akan dimasukkan ke akaun korang.

Sekiranya korang ingin memeriksa status refund semula, korang boleh CHAT WITH AVA - "Check Refund Status" dan masukkan Number Case korang.

Selamat mencuba!

Sumber: Stayfly X Adventure

Kaji Selidik Mengenai Trend Melancong Rakyat Malaysia Selepas Berlakunya COVID-19

Destination: