Ikut 5 Tips Ini Jika Mahukan Percutian Anda Tak Terkena Koronavirus

February 07, 2020 - 12:24 PM


Wabak koronavirus yang berpunca dari Wuhan, China kini telah menular ke beberapa negara lain sekali gus menimbulkan kerisauan kepada seluruh masyarakat dunia.

Sehingga kini dilaporkan jumlah kematian akibat wabak yang masih belum diketemui vaksinnya ini sudah melebihi 400 orang di China.

Manakala di Malaysia sendiri sehingga Khamis, seramai 12 orang dilaporkan positif jangkitan itu.

Jadi bagi mereka yang merancang untuk melancong dalam tempoh terdekat, anda dinasihatkan supaya menangguhkan terlebih dahulu sehingga situasi wabak ini kembali reda.

Namun jika anda yakin bahawa negara yang bakal dikunjungi itu selamat daripada sebarang wabak, beberapa tip penting disenaraikan untuk diberi perhatian supaya tidak berdepan risiko dijangkiti.

1. Pemeriksaan kesihatan

Pastikan anda mendapat nasihat pakar kesihatan sebelum memulakan percutian. Paling penting dapatkan suntikan vaksin yang berkaitan. Jangan lupa pastikan bekalan ubat-ubatan anda juga lengkap semuanya.

2. Hand sanitizer

Pastikan hand sanitizer atau gel pembersih tangan ini sentiasa dibawa untuk memastikan tangan anda sentiasa bersih. Ia dianggap barang paling penting yang perlu ada dalam poket atau beg bimbit anda.

3.Topeng muka

Berada di tempat yang sesak seperti lapangan terbang, stesen bas atau lokasi-lokasi lain yang mempunyai ramai orang boleh memberi pelbagai risiko kepada kesihatan anda. Jadi pastikan anda membeli dan memakai topeng muka yang betul.

4. Elak bersentuhan 

Pastikan anda tidak bersentuhan dengan mereka yang tidak sihat atau mengalami selsema, batuk atau demam. Risiko untuk dijangkiti wabak ini amat tinggi sekiranya tidak berjaga-jaga terutama ketika berada di tempat awam.

5. Makanan

Elak mencuba makanan yang tidak masak. Lebih baik anda memasak sendiri walaupun sekadar hidangan ringkas. Paling penting elak mencuba makanan yang anda tidak tahu bahan-bahannya.

Sumber: Mstar

Destination: