Jangan Lupa Simpan Semua Resit Cuti-Cuti Malaysia Korang Untuk Dapatkan Pelepasan Cukai Sehingga RM1,000

September 01, 2020 - 12:54 PM


Seperti yang kita sedia maklum, negara melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga hujung tahun ini iaitu 31 Disember 2020.

Dalam erti kata lain, kita masih tidak boleh melancong ke luar negara memandangkan pintu sempadan antarabangsa belum dibuka dan untuk itu kita hanya boleh Cuti-Cuti Malaysia!

Mesti ramai antara korang yang kaki jalan memang dah buat perancangan untuk pusing-pusing satu Malaysia bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan kan...

Tapi ingat korang jangan buang atau simpan merata-rata segala resit perbelanjaan yang korang gunakan ketika cuti-cuti Malaysia tau, sebab korang boleh mendapatkan pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 seperti mana yang dijanjikan Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020.

Ingatan untuk menyimpan segala resit tersebut seperti tiket masuk, bayaran penginapan atau hotel, yuran parking dan sebagainya telah dihebahkan oleh seorang pengguna Twitter, Hidayah Fauzi yang telahpun menjadi viral hingga mendapat 23.8 ribu retweet dan 24.6 ribu likes.

 

Mengikut laman web rasmi Kementerian Kewangan, pelepasan khas cukai pendapatan sehingga RM1,0000 itu diberi kepada individu pemastatutin untuk perbelanjaan melancong domestik yang dilakukan dalam tempoh 1 Mac 2020 hingga 31 Disember 2021.

Ia meliputi bayaran bagi penginapan di premis penginapan pelancong yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini, korang boleh tengok sendiri di laman web Kementerian Kewangan ini ya.

Jadi untuk mendapatkan tawaran menarik pelepasan cukai berkenaan, korang simpan elok-elok segala resit dan bukti pembayaran yang dilakukan semasa Cuti-Cuti Malaysia ya!

Sumber: Twitter Hidayah Fauzi & Kementerian Kewangan

 

Destination: