Promosi Diskaun Sehingga 50% Penginapan Homestay Seluruh Malaysia!

December 01, 2021 - 12:57 PM


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Persatuan Kampungstay & Homestay Malaysia (MKHA) terus giat mempromosikan inap desa di seluruh negara melalui pelancaran platform jomhomestay.my.

Sebanyak 150 pakej ditawarkan melibatkan 60 kluster pengusaha inap desa dari seluruh negara dengan tawaran harga pakej serendah RM80 seorang.

Hanya pembelian melalui platform jomhomestay.my layak menikmati diskaun sebanyak 50 peratus dan tempoh sah laku pakej adalah sehingga 31 Disember 2022.

Antara penambahbaikan yang dibuat adalah:

i. Memperluas penyertaan kepada individu yang berminat untuk bergabung bersama komuniti Homestay berdaftar.

ii. Mewujudkan kategori baru bagi Homestay dan Kampungstay seperti Annex Kampungstay, Guest Kampungstay, Chalet Kampungstay, Farm atau Agro Kampungstay dan Inovatif Kampungstay.

iii. Had radius pendaftaran secara kluster/individu sebagai pengusaha diperluaskan dalam lingkungan 10km di Semenanjung Malaysia dan 50km bagi Sabah dan Sarawak dari pusat aktiviti.

iv. Had minimum pendaftaran kluster telah dikurangkan daripada 10 orang kepada 5 orang bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

v. Menekankan tanggungjawab dan tadbir urus pengurusan kluster homestay.

vi. Menggalakkan kluster homestay untuk menubuhkan koperasi serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

vii. Program Exit policy bagi program ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.motac.gov.my manakala pakej-pakej yang ditawarkan boleh didapati di laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel atau www.jomhomestay.my.

 

Sumber: Astro Awani

Destination: