Rancang Percutian Korang Pada Tahun 2021 Menggunakan Jadual Ini!

December 08, 2020 - 07:34 PM


Siapa je yang tak suka cuti? Bila dengar je ada cuti panjang, semua orang dari kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa akan melonjak kegembiraan. Tapi disebabkan tahun ini penuh dengan cabaran dan pelbagai isu, kebanyakan dari cuti tersebut hanya berlalu begitu sahaja tanpa ada sambutan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Tapi kita kena positif, dan pandan ke hadapan. Mungkin tahun 2021 akan lebih baik dari tahun ini. Terdapat 14 cuti umum yang akan memberikan waktu hujung minggu yang panjang untuk korang.

 

Cuti Tarikh Hari
Tahun Baru 1 - 3 Januari Jumaat hingga Ahad
Tahun Baru Cina 12 - 14 Febuari Jumaat hingga Ahad
Hari Raya Aidilfitri 13 - 16 Mei Khamis hingga Ahad
Hari Kelahiran Agong 5 - 7 Jun Sabtu hingga Isnin

 

Jadual di atas menunjukkan cuti panjang hujung minggu yang korang akan dapat secara automatik pada tahun hadapan. Akan tetapi, jadual di bawah pula korang perlu merancang dan mohon sendiri cuti tersebut sekiranya korang nak.

 

Cuti Tarikh  Mohon Cuti Pada Jumlah Hari Cuti
Thaipusam 28 Januari 29 Januari Khamis hingga Ahad
Nuzul Al-Quran 29 April 30 April Khamis hingga Ahad
Hari Wesak 26 Mei

24 & 25 Mei

27 & 28 Mei

Sabtu hingga rabu

Rabu hingga Ahad

Hari Raya Haji 20 Julai 19 Julai Sabtu hingga Selasa
Awal Muharram 10 Ogos 9 Ogos Sabtu hingga Selasa
Hari Kebangsaan 31 Ogos 30 Ogos Sabtu hingga Selasa
Hari Malaysia 16 September 17 September Khamis hingga Ahad
Maulidur Rasul 19 Oktober 18 Oktober Sabtu hingga Selasa
Deepavali 4 November 5 November Khamis hingga Ahad

 

Jadi itulah dia jadual yang menunjukkan hari apa yang korang perlu mohon cuti untuk dapatkan maksimum cuti hujung minggu tanpa menggunakan annual leave yang banyak. Hanya dengan memohon 1 atau 2 hari je korang dah boleh rileks di rumah atau pergi travel bersama keluarga tercinta. Jadual ini juga agak berguna untuk korang yang nak plan tarikh kahwin pada tahun hadapan. 

Apa pun sila gunakan jadual ini sebaiknya. Walaupun kita tidak tahu nasib negara kita pada tahun hadapan, kita perlu kekal positif dan terus berdoa agar semuanya pulih seperti sedia kala. Selamat merancang guys!

Destination: