Resort Cantik Yang Mempunyai Sungai Di Kampung Batang Kali

November 15, 2021 - 03:52 PM


Tahukah korang, terdapat banyak tempat yang menawarkan pelbagai kemudahan dan juga aktiviti menarik untuk para pengunjung dari seluruh Malaysia. Ke semua kemudahan dan aktiviti itu berbeza mengikut tempat namun itulah yang menjadikan sesuatu tempat itu unik dan berbeza dari tempat lain bagi menarik perhatian orang ramai.

Di dalam artikel kali ini kami nak sharekan kepada anda satu resort yang terletak di batang kali, Selangor yang sangat cantik dan terdapat sungai di Kawasan kampung. Resort ini dipanggil Huda’s Haven Resort dan ia menawarkan pelbagai pakej menarik yang sesuai kepada semua orang. Datang ke sini bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan adalah amat digalakkan kerana ia amat berbaloi dengan harga.

Pemandangannya di sini amat memukaukan kerana ianya terletak di kawasan kampung maka ianya tentu akan mengubat rasa rindu korang kepada kampung halaman. Nak balik ke kampung sendiri kena merentas negeri namun jika korang ke sini, tidak perlu risau lagi kerana ianya terletak hanya di Selangor. 

Di sini juga korang boleh tidur di dalam khemah, harganya lebih murah jika dibandingkan dengan menyewa sebuah bilik namun ianya tetap terletak kepada keselesaan korang.

Terdapat juga padang bola dan beberapa kemudahan lain yang amat menarik untuk korang cuba bersama keluarga dan rakan-rakan korang. 

Anda peminat memancing ? Bolehlah bawak joran korang sekali kerana disini juga korang boleh memancing ikan-ikan yang terdapat di situ. 

Jika korang berminat nak ke sini atau ingin bertanya sebarang pertanyaan, berikut merupakan maklumat tentang tempat tersebut.

Nama: Huda Haven Resort
Alamat: Lot 1857, Kg Ulu Rening, 44300 Batang Kali, Selangor
No phone: 012-800 5608
 

Destination: