Taman Tema Air Legoland Ditutup Sementara Akibat Beberapa Kakitangannya Positif Covid-19

TERKINI
January 14, 2022 - 12:19 PM


Beberapa kakitangan Legoland disyaki positif Covid-19 dan menyebabkan Taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland) menutup sementara taman airnya bermula Rabu hingga 21 Januari ini.

"Keputusan proaktif ini diambil untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pengunjung serta kakitangan selain mengekalkan tahap perkhidmatan hospitaliti yang tertinggi.

"Pada masa ini, Taman Tema Legoland, Sea Life dan Hotel Legoland masih kekal dibuka dengan semua langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Sumber: Sinarharian

Destination: