The Estate Hulu Rening - Port Percutian Terbaru Dalam Hutan, Baru Buka Januari 2023

TRAVEL
January 04, 2023 - 12:34 PM


Bersempena dengan Tahun Baru 2023 pastinya anda tercari-cari lagi idea penginapan tempat terkini yang boleh dijadikan sebagai pelan percutian akan datang bersama keluarga atau rakan-rakan.

Di Batang Kali, Selangor ada sebuah port percutian yang baru dibuka Januari ini dan menarik untuk dijadikan sebagai destinasi 'healing' bersama alam semulajadi untuk lebih ketenangan jiwa dan minda.

Port percutian yang dimaksudkan adalah "The Estate Hulu Rening".

The Estate Hulu Rening ini sebenarnya merupakan sebuah villa percutian peribadi yang terletak di Batang Kali, kira-kira sejam memandu ke utara Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan anda -- pemiliknya adalah Pengasas V' Asia, Datuk Dr Azril Mohd Radzi yang juga seorang pengusaha produk kosmetik dan kesihatan berasaskan herba asli jenama V'Asia Cosmetiq and Healthcare.

Menurut Datuk Dr Azril, The Estate Hulu Rening merupakan 'retreat house' persendirian yang terletak di atas tebing dalam hutan. Seni binanya adalah berdasarkan topografi kawasan tersebut.

Villa tersebut memberikan pengalaman berbeza kepada pelanggan yang menginap di situ kerana ia menggabungkan alam semula jadi dan seni bina industri.

Melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Datuk Dr Azril -- kelihatan villa persendirian tersebut nampak eksklusif, mewah dan elegan dalam persekitaran yang menghijau.

Malah idea dekorasi dalaman juga datang dari ideanya sendiri yang menggunakan konsep industri serta menggabungkan bahan semulajadi seperti rotan, kayu, hasil tangan seperti mozek kayu dan makrami.

Menyentuh tentang pembinaan villa ini, ia mengambil masa melebihi setahun untuk disiapkan. Bermula sejak 2020 namun ia terhenti disebabkan PKP.

Menurut Datuk Dr Azril, antara cabaran untuk membangunkan villa adalah pemilihan kontraktor disebabkan keadaan bentuk muka bumi yang terletak di cerun.

"Pentingnya kami mendapatkan nasihat kontraktor berpengalaman dan jurutera bertauliah bagi memastikan struktur kukuh dan selamat. Disebabkan terletak di cerun, kami menggunakan structure metal, steel & glass dan fasadnya disokong dari bahagian atas," ujar Datuk Dr Azril.

Setiap bilik terletak di tingkat mempunyai pemandangan yang berbeza dan tetamu boleh menikmati pemandangan 'nature' serta mengadap sungai.

Malah tetamu The Estate Hulu Rening juga berpeluang turun terus ke sungai untuk beriadah dan bermandi manda.

Dilengkapi dengan utiliti dan kemudahan jacuzzi, bbq pit, ruang santai, firepit dan hammock.

Jika musim buah-buahan, penginap juga boleh menikmati buah-buahan dari pokok yang tersedia.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai The Estate Hulu Rening, anda boleh layari laman web rasmi mereka iaitu theestatemalaysia.com atau hubungi talian 012-261 0022.

Sumber: Nona.my

Destination: