Villa Takun, Rawang - Port 'Healing' Baru Dalam Hutan, Siap Ada Campervan!
TRAVELKorang mesti terfikirkan tempat yang boleh lepaskan tension ketika tengah sibuk ni dan nak ke tempat yang dekat dengan alam semulajadi.
Tak perlu fikir jauh-jauh. Rawang ada tarikan baru iaitu Villa Takun, Templer Park - Tropical Forest Retreat & Glamping.
Lokasinya dekat saja dengan Kuala Lumpur dengan hanya mengambil masa sekitar 45 minit masa pemanduan.
VILLA TAKUN DI TENGAH ALAM SEMULAJADI
Villa Takun kini menjadi sebutan para penggemar glamping kerana keunikan setiap penginapan yang disediakan dan pelbagai aktiviti yang keluarga korang boleh enjoy di sini.
Keunikan Villa Takun
Villa Takun menawarkan banglo bentuk A-Frame iaitu Pampas Villa yang mempunyai reka bentuk minimalis dengan dinding tinggi berwarna putih sekaligus memberi vibe unik tersebut.
Menariknya lagi di Villa Takun ni, pemandangannya cukup cantik dikelilingi dengan keindahan Bukit Takun dan tumbuhan hijau disertai dengan bunyi kicauan burung yang mengindahkan pagi korang.
Pintu kaca yang besar menambah sentuhan kontemporari pada setiap villa sambil merasai keindahan semula jadi ke dalam bilik korang.
Sudah semestinya campervan di sini menjadi tarikan untuk korang nak merasa bermalam di tempat syiok dan berbeza dari yang lain, nampak unik kan!
Di Villa Takun ini, pengunjung boleh memilih untuk menginap di :
1. Chalet kaca
2. Karavan klasik
3. Bilik reka bentuknya minimalis
Setiap bilik di Villa Takun ini dihiasi dengan langsir putih yang akan buat korang rasa tenang dan santai.
Bilik tidur dan katilnya cukup selesa serta mempunyai bilik mandi peribadi untuk setiap unit serta dijanjikan pemandangan memukau supaya tetamu dapat bersantai sambil menikmati keindahan semula jadi.
Kafe Untuk Mengopi
Kalau korang inginkan ketenangan sambil menikmati snek ringan, Villa Takun menyediakan kafe yang dinamakan "Kore".
Sesuai untuk korang nak mengeteh atau mengopi sambil borak dengan kawan-kawan dan lupakan sejenak beban kerja di bandar.
Lagi best kalau korang berborak sambil menikmati salad kentang dan nachos yang turut dihidangkan di Kore.
Feel ketika korang lepak di Kore ni betul-betul tenang dan ada bermacam spot yang Instagrammable untuk korang bergambar cantik dan muat naik di media sosial masing-masing.
Aktiviti Di Villa Takun
1. Hiking & Mandi-Manda Di Air Terjun
Mendaki sedikit saja dari Villa Takun ni korang dah boleh berendam dalam air terjun kerana villa ni berdekatan saja dengan Air Terjun Kanching yang sememangnya popular sebagai salah satu destinasi santai bersama keluarga.
2. BBQ
Di Villa Takun juga ada disediakan kemudahan dan ruang untuk korang membuat aktiviti barbeku hidangan makan malam bersama keluarga atau rakan-rakan.
Villa Takun, Templer Park - Tropical Forest Retreat & Glamping
Alamat: 6, Jalan 3/3A, Templer Park, 48200 Rawang, Selangor
No Tel: 011-6226 5257