15 Tempat Menarik di Chiangmai Thailand Buat Pelancong Malaysia
TRAVELSesiapa yg plan ke Chiangmai Thailand, boleh refer my recent travel. 17 hari di Chiangmai.
Departure: JBKL Rantau Panjang, Bas Express. Dari Golok gerak ke Hatyai Airport naik Van. RM60/pax. Hatyai ke Chiangmai, Air Asia dlm RM420/pax. Apply Thai Pass & insurance kat agent di Rantau Panjang, 30 minit siap.
Sepanjang 17 hari disana, kami bergerak guna motorsikal. Minyak motor isi 2 kali je, total dalam less than RM100. Ramai orang tempatan tak pakai helmet.
Accomodation, rumah atok kat Kg San Kamphaeng, 20 minit dr Town.
Banyak tempat menarik yg buddy boleh pegi. Tak semua yang kami pergi sebab masa kami banyak rest and relax saja around town. Dari awal niat mmg nak sighseeing, relax and do nothing. Nak tau tempat menarik kat situ, google je.
1. Hot Spring San Kamphaeng
Less than 30 min from Chiangmai Town. The entrance fee utk foreigner 100 Baht, RM12.50. Rendam lah kaki sampai lebam. Boleh beli telur ayam, puyuh, ayam kg dan rendam dlm air panas. We went during week day so tak crowded dan aman damai. Lepas rendam kaki, went for massage sejam RM12.50. Full body RM22.50. Boleh belanja jg kat kedai cenderahati disitu.
Untuk memberikan kesegaran kepada badan yang dah lenguh-lenguh selepas puas mengintai keindahan yang ditawarkan Chiang Mai, anda sekeluarga boleh menuju ke San Kamphaeng Hot Springs untuk menikmati mandian air panas yang dapat memberikan bermacam manfaat kesihatan.
Di dalam San Kamphaeng Hot Springs ini terdapat dua pancuran air panas yang berketinggian 20 meter! Pada asalnya, air ini memiliki kepanasan sehingga 100 darjah Celsius, tapi habanya berkurang disebabkan oleh tiupan angin. Kepanasan air di San Kamphaeng Hot Springs ini mampu merebus telur!
Sebagai info, San Kamphaeng Hot Springs menawarkan pelbagai fasiliti untuk para pelawat seperti tempat merendamkan kaki, mandian mineral tradisional dan kolam renang mineral.
Anda boleh menikmati mandian di sini sambil merehatkan minda dengan pemandangan indah kawasan gunung-ganang dan taman bunga di sekitar.
2. Chiangmai Elephant Sanctuary
Ada byk package kat situ. Kami pegi yg full day at 2000 baht, RM250 seorg. Dr bandar Chiangmai dlm 2 jam ke hutan simpan naik pickup. Mmg best sbb dpt feed, enjoy mud bath dan mandi kat sungai dgn gajah. Tp kena careful, kang tak pasal kena pijak dgn gajah pulak. Jungle treking jap pegi waterfall. Gajah walau besar tp cute, boleh jatuh hati dan rasa sayang dgn dorg bila seharian bersama.
Pernah melihat gajah di depan mata? Kalau tak pernah, alang-alang dah berada di Thailand ni, jangan lepaskan peluang untuk melihat dan mendekati haiwan yang dikatakan memiliki memori yang kuat ni!
Memang banyak tempat di Thailand yang menawarkan peluang yang sama, namun salah satu yang paling terkenal adalah Elephants at a Sanctuary.
Di sini, anda berpeluang untuk memberikan gajah makan dengan menggunakan tangan sendiri atau memandikan gajah! Kalau dah dekat dengan gajah mesti anda teringin nak bergambar kan? Jangan risau, anda boleh mendapatkan perkhidmatan jurugambar yang disediakan di pusat ini tanpa sebarang caj tambahan!
3. San Kamphaeng Umbrella Making Centre
Masuk free. Boleh tgok cara payung dan kipas dihasilkan dgn tangan. Kami jenis suka edu tour jd mmg tak boring tgok cara payung kertas dihasilkan satu persatu. Umbrella Painting class pun ada.
4. Thai SIlk Village, area San Kamphaeng
Masuk free. Mcm biasa ada Thai lady akan tunjuk cara silk dihasilkan dr awal smpai akhir. Boleh purchase mcm2 product made from silk disitu. Harga boleh tahan mahal, sbb bukan mass production. Ade 2 ke 3 org tailor je kat situ so boleh custom made baju jg disitu. Sepasang kemeja thai silk, dlm RM250. Alteration, FOC.
5. Siam Gift, sebelah Thai Silk Village
Masuk free. Macam2 accessories wanita & lelaki from jade to any colored stones. Rambang mata. Pernah pegi showroom macam ni kat China tp rasanya mcm scammer je. Tp kat sini harga reasonable & masih boleh dengar lg lah.
6. Anursan Market, chiangmai town.
Start dari jam 5ptg smpai 11 malam. Mmg happening sbb ramai tourists. Byk kedai cenderahati disini. Paling best, air buah cuma 30 baht, RM3.70.
7. Tha Pae Gate, Chiangmai Town
Tembok batu yg dibina Raja Thailand, boleh google sejarah tempat ni.
8. Pasar Pagi Khamis San Kampheang
Memang panjang dan lenguh la jugak nak jalan smpai habis. Semua brg harga sangat murah berbanding kat Chiangmai Town. Rasa cam semua nak beli.
9. Pasar Malam Sabtu San Kampheang
Ramai orang dan macam-macam local products boleh beli kat sini. Mmg sgt murah dr Anursan Market kat Chiangmai town.
10. Masjid-masjid around Chiangmai Town
Boleh jumpa komuniti muslim kat situ. Byk makanan Thai utara yg halal di sebelah kiti kanan masjid. Hubby sempat solat jumaat disana.
Masjid Hidayatul Islam Banhaw berdekatan Night Bazaar menjadi masjid utama di Chiang Mai. Kawasan Ban Haw dan Sanphakoi didominasi etnik Yunnan malah masjid tersebut dibina oleh mereka selain enam masjid Cina yang lain di bandar ini. Manakala kawasan Chang Peuak and selatan Changklan didominasi orang Asia selatan seperti Benggali. Perkampungan yang bermula seawal 1830 ini turut memiliki Masjid An Nur berwarna hijau-putih yang terletak di Chotana Road, selepas Chang Peuak Gate.
Mendapatkan makanan halal di bandar Chiang Mai yang tenang ini tidaklah susah cuma agak mencabar sedikit bila ke luar kota. Sama ada kita berlapar sehingga balik ke city centre, bawa bekal atau makan seafood dan sayuran di mana-mana restoran.
11. Wat Phra Singh
Banyak sgt sepanjang jalan San Kampheang smpai ke Town. Google jer & merempit kami ke situ.
Ada byk lg tempat spt Night Safari, Doi Ithanon, silver house, ceramic centre, handicraft centre, mae on cave dll. Tak gi sbb kena lah budget2 sikit kann.
Wat Phra Singh adalah salah sebuah daripada kuil yang penting dan menarik di Chiang Mai! Tahun binaannya tidak begitu jauh dari kuil Wat Phra That Doi Suthep yang dibina pada tahun 1383 kerana kuil ini dibina pada tahun 1345! Ianya dibina oleh Raja Phayu yang ingin menyediakan kuil tempat penyimpanan abu bapanya.
Bangunan kuil ini telah melalui pembaikpulihan di bawah Raja Kawila yang menjadi pemerintah Chiang Mai pada tahun 1782.
Kalau anda melawat kuil ini, anda berkemungkinan dapat melihat pelajar-pelajar sekolah bermain bola sepak atau takraw di sekitar halaman kuil.
12. Warorot Market
Terletak di tepian Sungai Ping, Warorot Market adalah pasar tertutup di dalam bangunan 3 tingkat yang cukup meriah! Mana tidak meriahnya, sebab di pasar ni anda boleh beli hampir apa sahaja yang terbayang di fikiran!
Dari sayuran, bunga, roti, pakaian, kasut, kosmetik, sutera, kraftangan, seramik sehinggalah kepada peralatan elektronik, macam-macam ada di sini! Bukan itu je, barangan yang diniagakan juga diletakkan pada harga yang sangat murah!
13. Grand Canyon Chiang Mai
Teringin ke Grand Canyon di US tapi masalahnya terlalu jauh beribu batu? Untuk merealisasikan impian anda yang ingin melawati Grand Canyon ni, anda boleh sahaja ke Chiang Mai.
Memang rugi kalau tak ke sini! Pemandangan yang disajikan memang lain daripada yang lain, bayangkanlah berdiri di atas tebing yang dikelilingi oleh air, cukup unik untuk difotokan.
Untuk pengetahuan anda, Grand Canyon Chiang Mai pada asalnya bukanlah sebuah kawasan tarikan untuk dilawati orang awam, sampaikan pernah diletakkan tanda yang menghalang mana-mana pelawat daripada terjun ke dalam air tu, tapi kini tidak lagi.
Yang menariknya lagi tentang tarikan ini adalah kerana ianya bukanlah terbentuk secara semula jadi. Kisahnya bermula pada sekitar 10 tahun lalu ketika mana sekumpulan pekerja telah menggali kawasan ini untuk menghasilkan kolam bagi tujuan komersial, namun, ianya diabaikan.
Tanah yang telah dikorek ni dibanjiri air dan menghasilkan pemandangan yang mempesonakan secara tidak sengaja.
14. Bai Orchid & Butterfly Farm
Bai Orchid And Butterfly Farm adalah sebuah tarikan yang menggabungkan 4 buah kebun orkid dan taman rama-rama. Kalau anda teringin melihat dunia penuh dengan keceriaan warna-warni, ini adalah salah satu tempatnya.
Sebelum meninggalkan Bai Orchid & Butterfly Farm, anda boleh membeli pokok orkid yang turut dijual di sini. Warna vibrant daripada bunga orkid ni pasti akan menaikkan aura rumah!
15. Chiang Mai Riverside
Chiang Mai Riverside adalah kawasan di mana anda boleh menyelami sudut klasik Chiang Mai. Di bahagian sebelah kanan sungai ini anda dapat melihat penduduk setempat menangkap ikan dan gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan.
Selepas melalui jambatan yang merentasi sungai ni pula, anda dapat melihat banyak galeri dan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan seperti tekstil, kraftangan, barangan antik dan lain-lain lagi.
Susah nk cari muslim halal food kat area kami stay San Kampheang. Kena merempit ke town dlm 15 min, cari je masjid pasti byk kedai makan. Antaranya Hilal Town, cam chinatown gitu. Byk kedai mkn dlm street ni dpn Masjid. Ban Haw. Restoran Ikhwan Global kat depan masjid Cangkla area, Takawa Halal Cuisine, Syakilar Baryani house. Harga lebih kurang mcm kat Malaysia. Jgn ingat Chiangmai bandar murah, ade baca kat google, Bangkok lagi murah dr Chiangmai by 11%.
Return: Tiket balik dlm RM750. CNX ke JB, layoff kat Bangkok & Penang. Stop over 12 jam kat Penang pekena nasi kandaq Deen Maju, Pasemboq padang Kota, naik beca kat Penang Art Street sblm balik ke JB. Mmg best betul!
Buddies boleh cuba jalan2 ke Chiangmai. Seriously byk tmpt menarik dan mesra pelancong. Rata2 tempat bersih esp pasar malam smpai kami nk buang kulit buah pun takut, last2 simpan dlm beg je. Public toilets semua bersih dan tak berbau.