Batik Air Malaysia Tawarkan Penerbangan Terus KL Ke Istanbul Dengan Harga Murah

TRAVEL
February 13, 2024 - 12:37 PM


Ingin mendapatkan tawaran saat akhir atau penerbangan terus yang terbaik? Dapatkan penjimatan terbaik untuk penerbangan sehala atau pergi balik ke Istanbul dengan BatikAir Malaysia.

Baru-bari ini Batik Air melancarkan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Istanbul, Turkiye.

Penerbangan OD723 yang dihiasi dengan corak khas Batik Air, berlepas dari Terminal 1 KLIA pada jam 3.50 petang. Bagi memperingati istimewa itu, penumpang yang menaiki penerbangan sulung tersebut diberikan token penghargaan untuk perjalanan yang akan datang.

Tawaran penerbangan BatikAir Malaysia terbaik ke Istanbul

Pengarah Strategi Kumpulan Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, pihaknya gembira untuk mengumumkan bahawa penerbangan sulung ke Istanbul beroperasi pada kapasiti penuh.

Beliau juka berkata "Penerbangan ini bukan sahaja mengeratkan ikatan antara Malaysia dan Turkiye tetapi juga menandakan peristiwa penting dalam perjalanan Batik Air ke arah menghubungkan manusia dan budaya merentasi sempadan.

"Dengan pengenalan laluan baharu ini, kami berbangga dapat menyediakan penumpang meningkatkan pilihan untuk perjalanan antara Kuala Lumpur dan Istanbul dan dengan mengalu-alukan lebih ramai pelancong menaiki pesawat".

Harga termurah untuk terbang ke Istanbul dengan BatikAir Malaysia

Penerbangan ini juga menjadikan ianya adalah penerbangan terpanjang yang dikendalikan Batik Air ke persimpangan Asia dan Eropah melalui pesawat A330-300 dengan masa penerbangan ialah 11 jam dan 55 minit ke Istanbul dan 10 jam dan 50 minit untuk perjalanan balik.