Berkelah Berlatarbelakangkan Menara Ikonik - Picnic In The Park Untuk Pelanggan KLCC!

TRAVEL
July 13, 2023 - 12:29 PM


Dekat Malaysia ni kalau tak berkelah di pantai, mesti di sungai atau tempat-tempat lapang yang lain. Tapi pernah tak korang impikan untuk picnic bersama keluarga di hadapan KLCC?

Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) menjemput korang semua untuk datang meluangkan masa di Taman KLCC yang menjadi tumpuan untuk pengunjung bersenam dan beriadah. Tak lengkap rasanya jika ke Suria KLCC tanpa berjalan-jalan di tamannya, kan?

Pengalaman ikonik ini khas buat pelanggan Suria KLCC sehingga 16 Julai ini sahaja dan aktiviti ini hanya dijalankan pada hujung minggu. 

Cara Untuk Sertai Picnic In The Park KLCC

Caranya cukup mudah dan percuma untuk semua pelanggan Suria KLCC. Para pelanggan yang membeli barangan bernilai RM1,000 ke atas melalui dua resit dari 30 Jun hingga 9 Julai 2023 berpeluang merasai sendiri pengalaman Picnic In The Park KLCC yang terhad untuk 4 orang setiap kali menebus.

Sesiapa yang shopping pada tarikh tersebut akan menerima e-mel jemputan daripada Suria KLCC dan korang akan diberi wristband sepanjang berada di Picnic In The Park.

Terhad kepada empat orang untuk setiap kumpulan bagi setiap tebusan dan korang berkelah dengan view KLCC sambil mendengar irama muzik yang memukau di kawasan air pancut muzikal di situ.

Makan Mewah Percuma Tau!

Tempat berkelah Picnic in the Park ini akan menampilkan latar belakang Menara Berkembar PETRONAS dan muzik menakjubkan dari air pancut muzikal KLCC, memberikan pengalaman berkelah luar biasa.

Tetamu akan diberikan persediaan berkelah yang mewah termasuk tepee, tikar dan dekorasi unik selain dihidangkan juadah makan malam untuk empat orang yang dibawakan secara istimewa oleh Burger & Lobster.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menikmati minuman menyegarkan seperti Whittard of Chelsea iced tea, serta hidangan seperti cotton candy dan popcorn di kios yang disediakan. Semua ni secara percuma tau!

Selain itu, tetamu juga dapat menikmati haruman yang mempesonakan di kios Bath & Body Works. Korang juga berpeluang mengambil gambar di kios Hot Air Balloon yang menarik serta bermain dengan Motion-Sensor Dancing Flower untuk pengalaman yang tak akan dilupakan.

Bukan itu sahaja, korang 'dihadiahkan' lagi dengan barangan berkelah lain atau picnic starter pack lain seperti kipas mini, losyen penghalang nyamuk, losyen pelindung matahari dan peniup buih.

Aktiviti ini memberikan makna yang mendalam kepada tetamu dan menawarkan pelbagai tawaran menarik sepanjang berlangsungnya aktiviti. Sesi aktiviti Picnic In The Park akan diakhiri dengan persembahan kemuncak oleh Malaysia Philharmonic Orchestra.

Seronok, kan? Rasa macam lebih dari RM 600 yang Suria KLCC beri. Memang berbaloi-baloi campur dengan pengalaman outdoor seisi keluarga.  

Korang kena datang awal tau ke sini sebab sesi eksklusif ini terhad kepada 50 kumpulan dalam satu masa daripada pukul 5 petang sehingga 8.30 malam. Hujung minggu ni ukirkan senyuman pada wajah keluarga korang dan bawa mereka ke Picnic In The Park, KLCC.

Destination: