Dah Perlu Bayar Tol di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Bermula 24 Julai
TRAVELLebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Seksyen 11 dibuka 12 Mac lalu dengan jajaran sepanjang 35.5 km ini kemudiannya boleh digunakan secara percuma. Tempoh penggunaan percuma jajaran yang menyabungkan Taiping Selatan, Trong dan Beruas ini tamat ada tengah malam 24 Julai bersamaan Rabu ini.
Kutipan tol adalah secara nirtunai sepenuhnya dengan sokongan kad Touch ‘N Go, SmartTag dan RFID.(WCE) adalah projek lebuh raya utama di Malaysia sepanjang 233km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping Selatan (Changkat Jering), Perak. Apabila siap sepenuhnya kelak, ia akan berfungsi sebagai nadi penting pengangkutan, yang akan menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya PLUS yang sedia ada. Daripada 11 seksyen lebuh raya, hanya lima lagi yang masih belum siap sepenuhnya.
Lebuhraya WCE ini turut memainkan peranan dalam memangkin penjanaan ekonomi masyarakat setempat persisiran pantai barat semenanjung yang terkenal dengan makanan laut dan penghasilan hasil laut.Ini sekaligus memberi impak sosio-ekonomi yang lebih besar kepada negeri Perak dan Negeri Selangor melalui sambungan akses sedia ada dari lebuhraya ke pelabuhan. Ia juga akan menjadi laluan pilihan utama kepada aktiviti ekonomi logistik yang berurusan secara langsung dengan pelabuhan-pelabuhan seperti Pelabuhan Lumut, Pelabuhan Teluk Intan dan Pelabuhan Klang.
Dengan pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 11 ini, ia akan memberikan alternatif yang lebih selesa kepada pengguna yang menuju ke utara dengan laluan yang lebih landai dan kurang berbukit. Jajaran ini juga menyediakan lebih kesalinghubungan antara rangkaian lebuh raya untuk kemudahan pengguna sebagai pelengkap keseluruhan jajaran WCE di negeri Perak dan pastinya akan memberi manfaat besar kepada pengguna terutamanya dalam penyuraian trafik, penjimatan masa, penjimatan kos perjalanan (bahan api) dan pemanduan yang selesa dan selamat.