Dayang Resort, Resort View Laut Terbaru Di Semporna!

TRAVEL
January 26, 2023 - 11:58 AM


Buat anda pencinta alam, bercuti di perairan Semporna adalah salah satu destinasi yang wajib ada di dalam bucketlist! Semporna terkenal dengan keindahan dunia marin, warna air laut kebiruan berkelas antarabangsa!

Kalau anda nak tahu, ada resort terbaru di Semporna! Dayang Resort Semporna, adalah satu resort view laut yang cukup memukau! Terdapat dua jenis rekaan bilik dan salah satunya bermotifkan kayuan klasik.

Setiap bilik boleh memuatkan 4 orang, sesuai kalau nak bawak kawan kawan untuk sesi 'healing'. Selain itu sesuai jugak untuk pasangan yang mencari port honeymoon. Menikmati sunset bersama insan tersayang memang romantik!

Selain setiap bilik dilengkapi dengan private balkoni, ada elektrik 24 jam tau jadi jangan risau! Makanan turut disediakan

Ada beberapa aktiviti air menarik yang boleh dilakukan sepanjang anda menginap di Dayang Resort:

✅ Snorkelling

✅ Giant floats ( pelampung)

✅ Crystal kayak transparent

✅ Berenang

Dayang Resort akan dibuka secara rasmi pada 20 Febuari, ada promosi khas tau untuk anda yang menempah lebih awal! Anda boleh hubungi nombor yang berikut untuk buat tempahan:

Admin 1: https://dayangresort01.wasap.my/

Admin 2: https://dayangresort02.wasap.my/

Destination: