"Dilanda Kemarau & Gangguan Bekalan Air" - Tangguh Percutian Ke Koh Samui Dalam Masa Terdekat Ini

TRAVEL
July 06, 2023 - 05:20 PM


Kalau dalam masa terdekat ini korang ada rancangan untuk bercuti ke salah sebuah pulau peranginan terkenal di Thailand iaitu Koh Samui -- mungkin korang patut fikirkannya semula.

Ini kerana pulau pelancongan popular itu ketika ini sedang bergelut dengan masalah kekurangan bekalan air, berikutan kemarau yang sedang melanda dan ledakan kemasukan pelancongan pasca-pandemik.

Pada Jun lalu, pihak berkuasa di sana mengumumkan langkah untuk mencatu bekalan air bermula pada 1 Julai.

Menurut beberapa laporan media, air juga akan dibekalkan di beberapa wilayah di pulau itu secara bergilir-gilir setiap hari.

Malah terdapat penduduk tempatan mengadu mengalami gangguan bekalan air sejak beberapa hari lalu.

Pihak berkuasa tempatan memberi amaran bekalan air hanya akan bertahan paling lama sehingga penghujung bulan ini iaitu kira-kira 30 hari.

Banyak kawasan takungan air berada pada paras yang sangat rendah, lapor laman sesawang The Thaiger.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Koh Samui, Ratchaporn Poonsawat berkata pengusaha hotel dan pekerja pelancongan lain mungkin akan terpaksa membeli air daripada pembekal swasta.

Ia sekaligus akan membawa kepada peningkatan dalam kos operasi, yang akhirnya turut menjejaskan kos percutian pengunjung.

Sumber: BERNAMA

Destination: