Durian Tourism 2023 - Ini Senarai Pakej Istimewa Untuk Korang Yang 'Giler Durian'!

TRAVEL
June 01, 2023 - 06:26 PM


"Oh kome, deghoyan dah berbunge...Oh kome, dengoyan udah luroh"

Itu bait-bait lagu popular yang menyebut tentang buah durian didendangkan oleh Mr. Os dan menjadi siulan di bibir kita sambil menikmati kelazatan 'raja buah' berkenaan.

Meskipun musim buah durian zaman sekarang adalah sepanjang tahun, namun kemuncak kepada kemeriahannya diraikan bermula Mei sehingga pertengahan Oktober depan.

Menariknya ada laporan media mengatakan tahun ini, penggemar raja buah lebih bernasib baik apabila berpeluang menikmati keenakan durian untuk tempoh lama kerana musimnya dijangka lebih panjang berbanding tahun-tahun sebelum.

Ini berikutan keadaan cuaca panas yang melanda ketika ini menyebabkan pokok durian mudah berbunga, selain hasil yang dikeluarkan juga adalah lebih banyak bagi setiap pokok.

Istimewanya lagi tahun ini juga Tourism Malaysia meneruskan kempen pakej Durian Tourism 2023 secara lebih agresif menerusi tawaran18 pakej menarik kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Pakej Durian Tourism 2023 yang bermula dari  30 Mei sehingga 31 Ogos ini mendapat kerjasama daripada MARDI dan 13 pengendali pelancongan tempatan.

Penawaran pakej Durian Tourism 2023 bermula dari RM 50 seorang untuk buffet durian dan Pakej 3 Hari 2 Malam (3H2M) dari RM1740 seorang dengan tempahan minimum 15 orang.

Antara aktviti menarik yang turut disediakan di dalam pakej tersebut adalah mengutip buah durian di ladang, menjamu durian dan buah-buahan lain, menyediakan pelbagai minuman berasaskan halia, membuat tempoyak serta merasai pengalaman tinggal di kampung.

Jom min kongsikan dengan korang pakej Durian Tourism 2023 yang boleh ditempah mulai sekarang! Semuanya menarik dan tinggal korang pilih mengikut citarasa masing-masing je tau.

Tapi kalau korang nak tahu maklumat lebih terperinci mengenai segala info Durian Tourism 2023, korang boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR yang disediakan ataupun menerusi laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel.

SENARAI PAKEJ DURIAN TOURISM 2023

Pakej-pakej yang ditawarkan ini meliputi negeri-negeri di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Pahang dan Johor.

Bagi edisi kali ini, Tourism Malaysia juga mengambil inisiatif untuk memasarkan pakej Durian Tourism 2023 di luar negara seperti China, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Brunei.

Untuk rekod -- terdapat 226 varieti durian yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan negara kita juga sebenarnya adalah penghasil durian terbanyak serta paling sedap mengatasi negara jiran Thailand dan Indonesia tau! 

Jadi tunggu apa lagi, kalau korang nak enjoy Musang King, Black Thorn, D24, IOI, Udang Merah, Golden Phoenix, durian kampung atau beratus jenis durian lain -- cepat-cepatlah tempah pakej Durian Tourism korang! Scan je QR bawah ni!

VIDEO PELANCARAN DURIAN TOURISM 2023

Destination: