'El-Dhuha Campsite' Tawar Percutian Camping Dalam Kebun Kelapa Sawit Di Kaki Gunung Pulai

TRAVEL
August 02, 2022 - 03:45 PM


Sudah puas menginap di hotel bercuti bersama keluarga, kini ada anggota komuniti yang 'mengubah angin' dengan berkhemah di kebun kelapa sawit.

Mereka sanggup meninggalkan tilam empuk di hotel semata-mata untuk merasai pengalaman tidur di atas tanah dengan hanya beralaskan kanvas dalam khemah yang dikelilingi kebun kelapa sawit dan hutan.

Jika sebelum ini, mereka menikmati kedinginan penyaman udara dalam bilik hotel, kini menikmati kedinginan semula jadi di kaki gunung dalam khemah yang dikongsi dengan anggota keluarga.

Keseronokan anak kecil mandi dalam kolam renang bertukar kepada kegembiraan menikmati kedinginan air dari gunung yang disalurkan ke kolam buatan.

Kesunyian malam di hotel dipecahkan dengan suara peti televisyen, kini dihiasi pula dengan suara unggas dan burung jampuk bertenggek di pelepah kelapa sawit.

BERCUTI DI KEBUN KELAPA SAWIT 

Amat berbeza! Penghuni khemah berpeluang bermain air di anak sungai dalam kebun sawit yang hulunya dari gunung.

Jika menginap di hotel, penghuni mampu menikmati keenakan masakan cef, tetapi di khemah dalam kebun sawit, mereka menikmati masakan isteri atau masakan sendiri, seperti ayam, daging kambing atau lembu dan ikan panggang.

Itulah pengalaman amat menarik boleh dinikmati orang ramai yang memilih untuk bercuti sambil berkhemah dalam kebun sawit.

Bagi mereka yang sudah biasa dengan aktiviti perkhemahan dalam hutan, peluang berkhemah dalam kebun sawit tidak menjadi masalah, tetapi bagi yang baharu ingin berjinak-jinak dengan aktiviti seumpama itu, ia amat mencabar kesabaran kerana terpaksa tidur tanpa tilam empuk, makan terpaksa masak sendiri, mandi di anak sungai dan seumpamanya.

Bagi Suhaimee Samian, 39, percutian sebelum ini menginap di hotel sambil melawat destinasi menarik.

"Ini kali pertama kami berkhemah di kebun sawit selepas mendengar keseronokan aktiviti itu daripada beberapa rakan yang pernah bermalam di sini.

"Jika menginap di hotel sebelum ini semua kemudahan disediakan, di sini kami harus memasak sendiri dan tidur dengan hanya berlapik kanvas," katanya ketika ditemui di El-Dhuha Campsite di kaki Gunung Pulai 2, Kampung Seri Gunung Pulai 2, Kulai, Johor.

TIDUR BERLAPIKKAN KANVAS 

Tidur di atas kanvas mendidik dirinya dan anggota keluarga supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat kehidupan kurniaan Allah.

Memasak masakan sendiri turut mendidik mereka agar sentiasa menghargai nikmat rezeki pemberian Tuhan.

Kem berkenaan disediakan pemilik kebun, Huzair Bahrin, 40, di kawasan seluas 2.2 hektar yang dijadikan tapak perkhemahan dengan kadar bayaran tertentu.

Turut disediakan khemah pelbagai saiz dan dapur memanggang ayam serta daging untuk disewa pengunjung.

Bagaimanapun, pengunjung dikehendaki membawa air minuman sendiri, selain dapur nasi, pinggan mangkuk dan seumpamanya.

"Kadar sewa khemah berdasarkan saiz tetapi bagi satu tapak perkhemahan, harganya tetap sama dan begitu juga dengan 'all-terrain vehicle' (ATV) yang berdasarkan kapasiti enjin kenderaan," katanya.

INFO TENTANG EL-DHUHA CAMPSITE

Tapak perkhemahan El Dhuha terletak bersebelahan Air Terjun Gunung Pulai 2, menawarkan tapak khemah bersebelahan jeram dilengkapi bekalan elektrik, surau, bilik air, kolam dan air terjun.

ALAMATJalan Hutan Lipur Gunung Pulai 2 81500 Pekan Nanas, Johor, Malaysia 

FACEBOOKEl-Dhuha Campsite

NO TEL: 014-274 0407

MASA OPERASI: Buka jam 9.00 pagi & Tutup jam 5.00 petang

CAJ UNTUK PIKNIK: RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak (pengunjung harian)

                                  - 1 pool campur & 1 pool khusus wanita sahaja

CAJ UNTUK CAMPING: Campsite 1 base RM70

                                      - 2D1N (Limit 5 orang dan jika lebih caj RM10 seorang) 

KADAR SEWA BARANG CAMPING: 

  • Barbeque pit RM15 2D1N (arang bawa sendiri)
  • Power Point RM10 2D1N
  • Khemah /tent utk disewa (exclude base)
  • (Bazoongi) 3-4 person RM50 utk 2D1N.
  • Camel tent (4-5 person) RM70 utk 2D1N.
  • Camel tent (6-8 person) RM100 utk 2D1N.
  • Camel tent (8-10 person) RM120 utk 2D1N.
  • BASE M (6 person) RM100 utk 2D1N.
  • Bazoongi Large (16person) RM250 utk 2D1N
  • Flysheet 3x6 with 2 pole RM30
  • Canopy RM20
  • Meja lipat RM20
  • Safety jacket kids RM5/day
  • Pelampung RM4/day

FASILITI :

  • 5 toilet lelaki dan 5 toilet perempuan berserta shower dengan bekalan air bersih dari SAJ(syarikat air johor).
  • sink cuci pinggan di tapak perkhemahan
  • surau/ruangan solat
  • Air tapisan Coway
  • Aktiviti lain
  • Blaster RM25

Sumber: Berita Harian & Kredit Gambar: El-Dhuha Campsite

Destination: