'The Great Pirate Adventure' Tampilkan Cosplayer Famous Kat Genting Highland!

TRAVEL
March 29, 2023 - 03:44 PM


Demi memeriahkan lagi suasana di Genting Highland sempena Pameran Pengalaman One Piece 'The Great Era of Piracy' Asia Tour yang PERTAMA dan TERBESAR di Malaysia, ada satu lagi acara khas untuk para peminat anime One Piece mahupun anime!

Acara 'The Great Pirate Adventure' bakal menampilkan 4 cosplayer terkemuka dari 3 negara iaitu:

1. BaoBao (Malaysia)

2. Thames Melorose (Thailand)

3. Larissa Rocherfort (Indonesia)

4. Clarissa Punipun (Indonesia)

Acara The Great Pirate Adventure bakal berlangsung pada hujung minggu ini iaitu 1 dan 2 April 2023! Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk bergambar mahupun bertentangan mata dengan 4 cosplayer terkenal ni! Ada sesi meet & greet tau! Tapi korang kena beli sekurang-kurangnya 1 tiket One Piece 'The Great Era of Piracy' Asia Tour!

Link Pembelian Tiket, Tekan Sini

Selain dari peluang bertemu mereka, pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Antaranya pertandingan cosplay battle untuk kategori kanak-kanak dan juga dewasa dan persembahan dari artis terkenal seperti Crestfall Shuffle, Binyun, Project Cosser dan ramai lagi lah!

Tunggu apa lagi peminat One Piece, Cosplyaer dan Anime? Jom datang Genting Highland padu hujung minggu ini dan nikmati keseronokan tanpa batasan! Alang-alang, korang boleh berbuka di Genting Highland! Bukan selalu dapat berbuka dalam cuaca sejuk!