Harga Persis Tel Aviv Punca Kedai Makan & Kereta Sewa di Langkawi "Bungkus"?
TRAVELSetiap kali tular sesuatu isu di Langkawi mesti berkenaan dengan harga makanan atau hotel yang mahal. Sikap sesetengah pengusaha restoren yang tidak bertanggungjawab sedikit sebanyak menyebabkan ramai kedai-kedai makan mula gulung tikar. Selepas isu ikan siakap, Langkawi sekali laagi tular dengan harga roti canai.
Jika keadaan ini berterusan, pelbagai langkah mempromosikan Langkawi nampaknya tidak akan berjaya malah Langkawi juga berkemungkinan akan menjadi pekan hantu tidak lama lagi.
Semakin ramai pengusaha makanan menutup operasi manakala pemilik kereta sewa pula melelong kenderaan masing-masing kerana tidak mahu menanggung hutang bank ekoran kemerosotan pelancong ke Langkawi. Perkara itu didedahkan Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) yang menyifatkan Langkawi bakal bergelar ‘pekan hantu’ jika tiada langkah drastik daripada pihak kerajaan.
Langkawi Sunyi Tanpa Pengunjung, Netizen Dakwa Harga ‘Cekik Darah’ Jadi Punca
Sebelum ini, menerusi perkongsian TikTok @Khair.review, lokasi yang sering dipenuhi orang ramai iaitu Pantai Cenang dilihat sangat berbeza sebelum ini di mana jumlah pengunjung dilihat berkurang dengan banyak.
@khair.aljufri Pantai Cenang dh jadi Pantai Lengang? #fyp #Langkawi #PantaiCenang ♬ original sound - Khair Aljufri
Perkongsian yang dilakukan dalam memaparkan situasi di Pantai Cenang, Langkawi telah meraih lebih 300,000 tontonan serta menerima pelbagai komen di kalangan netizen.
Menurut para netizen, melancong ke Thailand antara destinasi yang menjadi pilihan berikutan harga yang mampu milik. Tidak kurang juga yang memaklumkan makanan dan penginapan yang terlalu mahal membuatkan pulau tersebut tidak lagi menjadi pilihan.
Giliran Roti Canai Kayangan Pulau Langkawi Pula Menjadi Tular, Harga Sekeping RM4?
Selepas kecoh dengan isu ikan Siakap yang dijual mencecah harga lebih RM1,000 di Langkawi, kini terdapat aduan mengenai peniaga menjual sekeping roti canai dengan harga RM4 di pulau pelancongan tersebut.
Perkara tersebut didedahkan oleh Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) yang menerima lebih 100 aduan pengguna tentang kenaikan harga makanan serta bahan mentah di negeri tersebut.
“Sekali Jela Saya Beli..”, Air Buah Cecah RM90 Ketika Bercuti Di Langkawi, Wanita Ini Serik
Bercuti ke Langkawi sempena cuti Tahun Baru Cina, fathinshahirah telah ke sana untuk meluangkan waktu bersama keluarga. Ketika di sana, wanita itu telah tergerak untuk membeli beberapa cawan air buah untuk dinikmati dalam suasana dan cuaca yang nyaman.
Namun begitu, harga enam cawan air buah yang telah dibeli adalah lebih mahal dan mampu mengalahkan harga sebuah pengisar dari jenama Philips. Dalam video yang lain, wanita itu menjelaskan bahawa dia telah menghabiskan RM140 pada petang itu sahaja. Enam cawan air buah cecah RM90, dua ais krim Magnum Cornetto pula sudah dikenakan RM50.
“Dia tak cakap besar tu 6KG” -Seorang Lagi Pelanggan Tampil Dakwa ‘Terkena’ Harga Ikan Siakap Mahal Di Langkawi
Menerusi perkongsian Mohd Faris, dia perlu membayar RM 1,196 hanya untuk harga ikan siakap seberat 7.4 kilogram.
Disebabkan harga ikan tersebut yang begitu mahal, dia kemudian terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM1,852.50 dan jumlah itu termasuk dengan harga ikan berkenaan.
“Secara kebiasaannya untuk 7 orang dewasa makan dua ekor siakap sudah memadai bahkan mungkin akan terlebih sedikit. Maka kami pun tempah dua ekor siakap dan sebut untuk 7 orang makan bersama dengan menu-menu yang lain.
‘Tidak semua kedai makan di Langkawi cekik darah’
Tinjauan di beberapa kedai makan di sini mendapati, kebanyakan kedai yang menawarkan harga berpatutan dipenuhi pengunjung walaupun tidak tular di media sosial.
Antara harga ditawarakan adalah hidangan set untuk dua orang iaitu seekor ikan siakap 600 gram (g), tomyam ayam, kangkung belacan, telur dadar serta nasi putih hanya RM49.
Terdapat juga nasi goreng seafood dengan harga RM10, roti canai kosong RM1.20 sekeping dan chicken chop hanya RM15.50.