Homestay Villa Ameda di Selangor, Terasa Bagaikan Bercuti di Santorini
TRAVELTidak semua orang dikurniakan rezeki untuk melancong ke luar negara. Bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad bercuti dalam negara pun sudah cukup menghiburkan terutama apabila bercuti dengan keluarga tersayang mahupun sahabat handai.
Di inspirasi tempat terkenal di Greece, menginap di homestay ini buatkan anda feeling berada di Santorini.
Penggunaan warna putih dan kebiruan oleh bangunan di sekitar juga menyerlahkan lagi persekitaran homestay yang bagaikan berada di Eropah.
Selain gaya Greece, homestay ini juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk pebagai aktiviti. Villa ini dilengkapi dengan kolam renang, set karaoke, set BBQ, meja pool, dan juga 'projector'. Boleh tengok filem ramai-ramai. Ada laman yang besar juga sesuai sangat kalau nak buat sukaneka.
Sangat sesuai untuk bawa anak-anak anda bercuti. Lagipun bagi mereka yang berada di KL & Selangor tak perlu jauh-jauh pun nak staycation, naik kereta sekejap je dah sampai. Tapi feeling macam bercuti luar negara.
Tempat Menarik
Nak jalan-jalan pun menarik, ada 10 tempat wajib pergi berdekatan Villa ameda iaitu :
- Pantai Remis, Sungai Sembilang
- Sky Mirror, Kuala Selangor
- Bukit Melawati, Kuala Selangor
- Taman Alam, Kuala Selangor
- Kelip-kelip Kg Kuantan
- ‘Engle Feeding’, Pasir Penambang
- Boat Cafe, Kuala Selangor
- Hussin Fauzi Farm, Kuala Selangor
- Kampung Pelangi, Jeram
- Restoran Ikan Bakar, Jeram
Alamat
Villa Ameda, 106, Jalan Kapar, Kampung Sungai Sembilang, 45800 Jeram, Selangor