Idea Cuti Sekolah - Legoland Anjur "Water Park Splash Carnival" Sehingga 17 September Ini

TRAVEL
August 30, 2023 - 01:06 PM


Buntu cuti sekolah ini nak ke mana?

Tak perlu fikir panjang, bawa sahaja anak-anak ke Legoland Malaysia Resort untuk bersuka ria di taman tema yang tentunya menjanjikan kemeriahan dan keriangan berterusan.

Apa yang lebih menarik, bermula 16 Ogos hingga 17 September, Legoland menganjurkan Water Park Splash Carnival yang menawarkan pelbagai keseronokan bertemakan aktiviti air yang mesra keluarga.

Sesuai untuk semua peringkat umur, pengunjung pasti teruja dalam taman tema akuatik ini yang padat dengan pengembaraan meriangkan, pengalaman interaktif dan persembahan live oleh artis terkemuka tanah air.

Legoland Malaysia Resort merupakan taman tema air dengan struktur seperti permainan Lego kanak-kanak, yang terbesar di rantau Asia Tenggara.

Ayuh cipta memori indah hari ini bersama yang tersayang di Legoland Malaysia Resort yang terletak di Iskandar Puteri, Johor.

Acara Dibarisi Bintang Popular Negara

Antara sorotan utama Water Park Splash Carnival adalah persembahan menggegarkan pentas pada setiap hari Sabtu sepanjang lima minggu program ini dijalankan.

Sambil menikmati keseronokan dalam kolam, taman tema semestinya gamat dengan persembahan beberapa artis popular tempatan seperti Erni Zakri (19 Ogos), De Fam (26 Ogos), Naim Daniel dan Heerraa (2 September), Dayang Nurfaizah (9 September) dan K-Clique (16 September).

"Kami sangat berbesar hati untuk menyajikan kemeriahan pesta Water Park Splash Carnival kepada pengunjung yang sangat dihormati.

"Ini adalah masanya untuk keluarga dan rakan-rakan meluangkan masa bersama bermain permainan air yang mencabar adrenalin.

"Di samping menghiburkan diri dengan persembahan luar biasa oleh artis Malaysia yang berbakat besar," kata Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, CS Lim.

Antara aktiviti yang menanti pengunjung dalam Water Park Splash Carnival adalah:

1) LEGO Boat Race

Uji ketangkasan dan kemahiran anda untuk mengemudi bot Lego, seterusnya bersaing dengan rakan dan keluarga untuk buktikan siapa yang lebih handal dalam cabaran air yang cukup mendebarkan ini.

2) Limbo Rock dan Hula Hoop Battle

Ketengahkan kemahiran anda untuk mengimbangkan diri apabila anda berentap dalam 'peperangan' di stesen Limbo Rock dan Hula Hoop Battle.

3) Aqua Zumba dan Just Dance Wavepool

Buat peminat tarian, ini masanya untuk anda bersinar!

Sertai sesi Aqua Zumba yang pastinya mengerah keringat dan perhimpunan Just Dance Wavepool yang meriah untuk mempamerkan gerak tari anda.

4) Aquatic Symphony

Pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, selami gelombang muzik mempesonakan yang turut dihadiri penari, pancaragam brass dan maskot.

Cara Mendapatkan Tiket

Pengunjung boleh mendapatkan tiket mereka secara eksklusif melalui laman sesawang rasmi Legoland Malaysia Resort.

Bagi pengunjung warganegara Malaysia, apabila anda membeli pas satu hari dengan harga penuh, anda akan automatik mendapat pas tahunan, menawarkan akses berterusan selama setahun kepada tawaran resort.

Tawaran resort terdiri dari diskaun, makluman awal eksklusif dan banyak lagi pengalaman unik yang lain.

Sumber: Mstar

Destination: