Ini 33 Tips Terkini Yang Korang Kena Tahu Sebelum Bercuti Ke Cameron Highlands!
TRAVELSekarang ni kan musim cuaca panas, mesti ramai yang tak nak keluar berjalan-jalan memandangkan matahari bukan main terik sampai kadang-kala sakit kepala dibuatnya.
Tapi anak-anak pula bising sebab takkan asyik nak terperap duduk rumah, lepas tu diajaknya bawa mereka bercuti walaupun sehari dua sahaja.
Musim panaih lit lit macam sekarang ni, destinasi percutian yang paling sesuai kalau nak pergi pun mestilah ke tanah tinggi yang sejuk dan berangin.
Mana lagi yang paling sesuai nak bawa anak-anak berjalan kalau tempat sejuk dalam negara, mestilah Cameron Highlands jawabnya!
Berikut antara sebab dan tips bercuti ke Cameron yang boleh korang study sebelum memulakan percutian bersama keluarga nanti.
5 SEBAB KENAPA KORANG PATUT BERCUTI KE CAMERON HIGHLANDS DALAM MASA TERDEKAT INI :
1. Selepas PKP, harga buah strawberi di Cameron antara yang paling murah dijual. Ada yang dapat selonggok cuma RM15 saja. Memang puas hati!
2. Musim Avocado dan boleh beli avocado murah. Harga antara RM18-20 sekilogram.
3. Floral Park dah berbunga penuh dan boleh naik sampai ke puncaknya sekarang.
4. Cuaca baik tiada hujan pagi, jadi boleh jalan puas-puas di waktu pagi.
5. Kek Viral Paktam dah buka dekat Kea Farm
33 TIPS JIKA BERCUTI KE CAMERON HIGHLANDS :
A - HARI DAN CUACA
1. Hari Selasa-Rabu adalah hari termurah rate hotel di Cameron.
2. Sabtu-Ahad adalah paling tak best. Bilik mahal, barang mahal dan juga JEM semua tempat. Stress!
3. Petang selalu hujan..hujan dan ribut sejuk memang tak best jalan-jalan. Jadi sila habiskan jalan-jalan pagi sampai tengah hari. Petang lepak hotel makan strawberi sambil hirup teh panas.
4. Keluar jalan-jalan pagi pakai longsleeve dah cukup. Tengah hari panas terik sungguh, mesti menyesal pakai sweater.
5. Pasar Malam hanya ada pada hari Jumaat malam.
B - SHOPPING
6.. Di Kea Farm -- strawberi, ubi dan jagung semua dijual murah sebelah kanan. Tempat bazar baru, sebelah parking kereta. Pilihan pun banyak.
7. Pokok bunga paling murah di Cactus Point. Dah 4 tahun harga masih sama.
8. Tanya pokok yang anda beli boleh hidup atau perlu siram banyak air atau tidak. Penjual akan ajar tips.
9. Ubi paling manis adalah yang isi kuning. Yang purple lawa saja tapi tawar. Harga antara RM9-11 sekilo.
10. Strawberi berwarna putih harganya adalah lebih mahal. Rasa lebih lemak. Kalau nak cuba ada dijual di S'Corner. Kena makan atas ni saja. Kalau bawa turun dari Cameron, buahnya akan rosak.
11. Bila sampai Cameron Highland beli strawberi dan coklat celup terus. Nanti boleh makan di bilik pada waktu petang atau malam, memang syok!
12. Jangan terkena dengan scam coklat kotak. Kadang kotak saja nampak besar tetapi di dalamnya adalah coklat biasa.
13. Jagung Mutiara juga sebenarnya adalah berharga sekitar RM20 bagi 3-5 batang. Tetapi kalau korang kalau jumpa ada yang dijual selonggok hanya RM10, anda sebenarnya kena tipu.
C - MAKAN
14. Steamboat tersedap feveret kami adalah Fern Nyonya. Kedai cina tapi Halal.
15. Steamboat lain-lain mostly pilihan banyak tapi rasa sama jah (pandangan peribadi dah cuba semua)
16. Kedai makan Kelate best di D'Bamboo, Tanah Rata. Memang masakan asli original Kelantan. TomYam panas-panas memang best!
17. Menu sayur goreng/sup adalah terbaik di Cameron sebab dia segar dooh. Rangup krup-krup. Wajib cuba!
18. Sos Strawberi tersedap adalah jenama Chocoberry House. Rasa mahal, cair, just nice, memang sedap sangat dan harganya hanyalah RM5.
19. Sarapan paling best adalah beli dekat Family Mart - bungkus, makan piknik di taman-taman. Puas hati sungguh!
20. Family Mart best datang pagi pukul 7-8 pagi, memang takda orang!
D - HOTEL
21. Paling best adalah duduk hotel yang tinggi-tinggi macam Copthorne Hotel Cameron Highlands. Pemandangan biliknya boleh buat korang terkejut. Sumpah lawa! Lagi syiok kalau korang minta view yang mengadap gunung! Best giler!
22. Antara barisan hotel best dengan view gunung/beranda lawa adalah Strawberry Park, Casa Loma, De La Fern dan Bala's.
23. Nak cuba glamping murah boleh cuba Backyard Glamping dekat Abang Strawberry. Tinggal dalam khemah.
24. Kalau datang nak shopping, sila duduk di area Kea Farm. Senang balik nanti.
25. Hotel memang tiada aircond. Jadi kena cari hotel yang ada tingkap besar atau beranda untuk bernafas baru best port penginapan korang.
26. Nak jenis penginapan bajet, korang boleh cuba Desa Anturium ke apa yang macam rumah flat tu. Rumah banyak bilik harga bawah RM100.
E - AKTIVITI
27. Mossy Forest kena pergi dengan 4x4. Kereta rendah memang akan tersangkut. Cara nak pergi join trip hotel. Harga RM50++/seorang biasanya
28. Jogging pagi memang best kalau kat Cameron. Dia punya sejuk dan udara segar tu nikmat lain macam sungguh!
29. Jangan lupa bawa barang-barang piknik dan berkelah bersama keluarga di taman-taman, memang enjoy!
30. Ladang teh terbaik adalah Bharat Cameron Valley 1, boleh turun naik kereta dia, RM15 saja. Kalau jalan kaki RM3.
31. Floral Hills yang viral tu harga dia boleh tahan. Tak nak bagi tahu berapa, korang kena cuba sendiri
F - PENGANGKUTAN
32. Naik Cameron Highlands bawa kereta kecil sikit, tips mudah nak selit parking.
33. Isi minyak penuh-penuh bila sampai Brinchang sebab jalan sehala saja, takut tersekat dalam jammed dah susah pulak!
Sumber & Kredit Gambar: FB Senok Perut