Jurugambar Selamba Tempuh Perjalanan 20 Jam, Demi Sesi Ngeteh Bersama Dolly "Jack Sparrow" India
TRAVELAntara minuman yang menjadi simbol bagi India sudah semestinya 'Chai'. Satu minuman teh dari India yang korang boleh dapatkan bila-bila masa dan di mana sahaja. Ada seorang pembancuh teh yang disegani, Dolly Chaiwala adalah nama yang cukup besar di arena Chai India.
Beliau yang telah mencetus fenomena di media sosial dengan gaya tersendirinya dalam membancuh teh dan juga khidmat pelanggan yang cukup tiptop! Kalau tak percaya, korang boleh search di mana-mana platform, setiap video Dolly mesti berjuta view-nya!
Seorang jurugambar dari Malaysia, Fakhrul Aizat yang bekerja sebagai jurugambar dan pemandu pelancong nekad untuk berjumpa dengan Dolly Chaiwala yang berada di Nagpur, daerah yang terletak sekurang-kurangnya 1129km dari bandar Kalkota.
Beliau kongsikan satu hantaran terbaharu di Facebook, berkongsi gambar dan pengalamannya bertentang mata dengan Dolly si fenomena.
“Masa PKP semua orang bosan kat rumah, kebetulan pula si Dolly tengah viral kat media sosial. Lepas sempadan bukak, AirAsia ada buat tawaran harga murah pergi Kalkota. Tiba-tiba teringat Dolly, itu yang terus study alamat dia dan ngam pula Nagpur ini dekat dan boleh sampai dari Kalkota naik kereta api,” katanya ketika mencerita perjalanannya bertemu Dolly bersama The Vocket.
Bagaimanapun, Fakhrul akui bahawa dia sedikit kecewa apabila sampai di warung Dolly, kedainya tutup dan diberitahu bahawa Dolly datang bekerja selalunya jam 12 tengahari.
“Masa itu kecewa dan serabut sebab dah beli tiket balik ke Kolkata semula pagi tu jam 11 pagi. Tapi tak lama lepas tu, saya terus buat keputusan untuk burn kan tiket tu dan cari tiket baru lewat petang semata-mata untuk jumpa Dolly tengahari itu.”
Penantian Fakhrul untuk berjumpa Dolly sebenarnya berbaloi, dia teruja apabila dipersembahkan dengan gaya membuat teh seperti yang beliau sering tonton di Facebook atau media sosial yang lain.
“Dari segi penampilan, cara dan gaya dia buat teh, cara dia serve pada pelanggan semua penuh gaya. Kedai dia paling ramai orang berbanding kedai teh yg ada sekitar dia dan rasa teh? padu dan pekat. Manis dia pun sedap-sedap tekak, dia pakai susu cair khas untuk minumannya,” katanya.
Korang tengok sendiri gaya Dolly di posting brader Fakhrul, cara dia nyalakan rokok pun dah padu! Nak pulak ngeteh sambil hisap rokok memang syahdu! Fakhrul Aizat banyak kongsikan pengalamannya tentang trip sekitar India. Korang boleh follow di instagram ataupun Facebook!
Sumber: Fakrul Aizat (Facebook) & The Vocket