Lokasi Penggambaran Mat Kilau Di Perak Bakal Dijadikan Tarikan Pelancong!

TRAVEL
July 08, 2022 - 06:44 PM


Atas kejayaan filem biografi epik Mat Kilau, kerajaan negeri Perak sedia mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan lokasi penggambaran filem Mat Kilau di Padang Koba Teluk Bakong, dekat Bota sebagai destinasi tarikan pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, cadangan tersebut dilihat baik untuk menarik kehadiran pelancong bagi mengunjungi lokasi penggambaran filem hebat itu.

“Ini satu cadangan yang baik. Setakat ini, kita belum melakukan apa-apa untuk mengekalkan lokasi penggambaran terbabit kerana difahamkan, ia bukan set kekal.

“Jadi, kita akan lihat cadangan, sama ada kita perlu kekalkan lokasi berkenaan sebagai destinasi pelancongan filem popular,” kata Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Tambahnya, Perak mempunyai banyak lokasi menarik yang sesuai untuk dijadikan set penggambaran dan ia telah pun terbukti menerusi beberapa filem sebelum ini.

Destination: