Masjid Di Liverpool Cari Imam, Tawar Gaji Antara RM170K Sehingga RM223K

TERKINI
December 06, 2023 - 01:19 PM


Jika di Malaysia isu gaji minimun terhadap iman masih menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat kita, hal yang berbeza pula berlaku pada masjid-masjid di negara-negara Eropah.  

Terbaru, sebuah pendekatan yang berbeza diambil oleh sebuah masjid di Liverpool yang dikenali sebagai Masjid Al-Rahma yang mana membuka tawaran lumayan kepada mereka yang layak dan berminat untuk mengisi jawatan sebagai imam.

Pencarian jawatan imam di masjid tersebut dikongsikan di akaun Instagram @alrahmamosque minggu lalu dan mendapat perhatian memandangkan jumlah gaji yang ditawarkan cukup lumayan iaitu sekitar £30,000 hingga £38,000 (anggaran RM223,798).

Berdasarkan laporan dan carian dari The Vocket, purata gaji pekerja di Liverpool,UK adalah sekitar £32,731 (RM192,754.67) setahun sementara jawatan imam pula hanya sekitar £27,605 (RM162,589.01) setahun untuk tahun 2023.

Hal ini menunjukkan penawaran gaji imam berkenaan lebih tinggi berbanding harga biasa yang diberi.

Sudah tentu gaji yang besar datang dengan tanggungjawab yang banyak. Liverpool Muslim Society (LMS) juga menetapkan kriteria imam berkenaan haruslah memberikan inspirasi untuk menjalankan segala aktiviti masjid dan pusat Islam di sana.

Selain itu, calon juga perlu melibatkan diri dengan ahli komuniti serta perlu memberi penekanan kepada belia Islam dan orang Islam yang berada di sana disamping menjadi imam di masjid berkenaan.

LMS turut memaklumkan yang imam berkenaan perlu mewakili pihak LMS dan masyarakat Islam dalam mesyuarat, acara rasmi dan apa-apa yang berkaitan dengan media-media.

Bukan itu sahaja, calon imam mestilah mempunyai kelayakan Ijazah dalam Pembelajaran Islam, seorang yang Hafiz al-Quran, boleh berbahasa Inggeris dan Arab dan mempunyai ilmu hadis yang mendalam.

Difahamkan Masjid Al-Rahma ini terletak di Hatherley Street, Liverpool dan mampu memuatkan seramai 2,500 jemaah. Jika dilihat media sosial masjid tersebut, mereka sangat aktif dalam mengadakan aktiviti komuniti bersama masyarakat setempat.

 

Kredit: The Vocket

Destination: