Nak Cuba "Dune Bashing" Tanpa Terbang Jauh Ke Dubai? Pergi Mui Ne, Vietnam Je!

TRAVEL
May 19, 2023 - 02:08 PM


Sebut saja tentang percutian ke Dubai, pasti antara aktiviti wajib yang mesti dilakukan di sana selain membeli-belah adalah merasai sendiri pengalaman mendebarkan iaitu menaiki kenderaan 4x4 di tengah-tengah padang pasir mereka.

Aktiviti tersebut dipanggil "dune bashing" dan sangat sinonim dengan Dubai kerana keadaan geografi negaranya yang memiliki bukit-bukit padang pasir serta mencabar jika dipandu laju secara ekstrem, mampu memberi kepuasan kepada penumpangnya.

Tetapi untuk merasai pengalaman dune bashing, anda tidak perlu lagi terbang jauh-jauh hingga ke Dubai kerana di negara jiran kita iaitu Vietnam juga mempunyai tarikan sama yang tak kurang mendebarkan.

White Sand Dunes di Mui Ne, Vietnam menjadi tumpuan dan perhatian pelancong seluruh dunia serta dari negara jiran seperti Malaysia, Thailand dan Singapura.

Pelancong yang mengunjungi White Sand Dunes, Mui Ne ini semestinya ingin merasai naik kenderaan 4x4 yang dipandu secara laju dan lasak untuk meningkatkan keseronokan dan adrenalin sesiapa sahaja yang menaikinya.

Pilih untuk naik berapa ramai orang dan pemandu tempat tersebut dengan lajunya memandu anda menaiki serta menuruni bukit pasir yang akan buat korang menjerit sampai perit tekak.

Siapa je tak takut jika kereta dipandu laju dan gelisah kereta tersebut terbalik, tetapi korang jangan risau sebab ia dipandu oleh pemandu-pemandu berpengalaman dan sememangnya menerujakan.

Selain menaiki dune bashing, antara aktiviti lain yang boleh disertai pelancong adalah seperti menaiki all-terrain vehicle (ATV) dan juga meluncur menuruni bukit pasir.

ATV yang disediakan di Mui Ne memberi dua pilihan kepada pelancong sama ada korang boleh bawa sendiri ATV tersebut ataupun dibawa oleh pekerja di sana dan korang hanya bonceng di belakang sahaja namun ia tetap menyeronokkan!

Mui Ne turut mempunyai tasik untuk korang bergambar kerana pemandangan dari tasik tersebut berlatar belakangkan White Sand Dunes cukup cantik dan ia terletak tak jauh daripada bukit-bukit pasir di situ.

Jom-lah book tiket awal-awal ke Vietnam dan pergi ke White Sand Dunes, Mui Ne, Vietnam!

VIDEO 'DUNE BASHING' DI MUI NE, VIETNAM
 

@ben.sham Bestnyaa klebang sekarang☺️ #fypage #muine ♬ original sound - beensham - bensham
Destination: