Port Paling Instagrammable Di Hanoi "Train Street" Dibuka Semula Kepada Pelancong

TRAVEL
September 13, 2022 - 12:38 PM


Jika melancong ke Hanoi, Vietnam antara tarikan yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia adalah "Train Street"!

Bagaimanapun, lokasi hotspot itu telah ditutup kepada orang ramai sejak 2019 atas faktor-faktor keselamatan.

Namun, sejak beberapa bulan lalu -- Train Street yang menjadi antara port OOTD dan Instagrammable itu dilaporkan kembali dibuka untuk kunjungan orang ramai termasuk pelancong asing.

Terletak di tengah Hanoi, pelancong dapat menyaksikan kereta api meluncur laju di atas gerabak dengan bunyi yang kuat dan melihatnya melalui kawasan itu dalam jarak yang begitu rapat dengan bangunan di sepanjang landasan membuatkan lokasi tersebut menjadi tempat wajib dikunjungi oleh pelancong.

Bangunan-bangunan yang terletak di sepanjang jajaran laluan itu pula terdiri daripada kediaman yang kebanyakannya telah bertukar menjadi kafe, bar dan kedai cenderamata.

Keseronokan 'menonton' kereta api dari jarak dekat telah menarik ratusan ribu pelawat pada 2018 dan 2019, sekaligus menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat tumpuan media sosial.

Namun pada Oktober 2019, pihak berkuasa Vietnam secara tiba-tiba menutup kawasan itu kepada pelancong atas alasan kesesakan dan kebimbangan keselamatan.

Pembukaan semula Train Street secara beransur-ansur berlaku ketika Vietnam berusaha untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan selepas sempadan ditutup sepanjang wabak Covid-19.

Menurut salah seorang pemilik kafe berusia 51 tahun di situ, kerajaan tidak pernah membuka semula lokasi itu secara rasmi -- tetapi ramai pemilik perniagaan memulakan sendiri operasi mereka sejak tiga atau empat bulan lalu.

Namun katanya, mereka tidak pasti berapa lama dapat bertahan dan risau sekiranya kerajaan mengarahkan agar mereka menutup semula operasi di kawasan itu.

"Kami bimbang kerajaan akan menutup kawasan itu semula. Tetapi selepas Covid-19, kami bergelut. Penduduk di sini perlu mencari rezeki, kita perlu meneruskan hidup," ujarnya lagi.

Pada 2019 -- Vietnam menerima 18 juta ketibaan pelancong antarabangsa, manakala pada separuh pertama 2022, hanya 602,000 pelancong asing memasuki negara berkenaan.

Laluan kereta api yang melintasi jalan Dien Bien Phu jalan Tran Phu itu bermula sejak zaman penjajahan Perancis.

Ia dibina pada tahun 1902, tetapi masih memainkan peranan penting untuk pelancong tempatan dan asing hari ini.

VIDEO TRAIN STREET HANOI

@claireandpeter You can leave bottle caps on the rail and the train will flatten them!! #vietnam ♬ Love You So - The King Khan & BBQ Show
Destination: