Netizen Indonesia Garu Kepala, Lepas Dibaling Bola Snuker Pun Lesti dan Rizky Billar Tetap Kembali Bersama

TRAVEL
October 19, 2022 - 04:34 PM


Selepas dibebaskan daripada tahanan, pelakon Rizky Billar mengakui sudah kembali tinggal sebumbung bersama isterinya, Lesti Kejora.

Tidak mahu mengulas lanjut, pelakon yang ditemui media di Balai Polis Jakarta Selatan itu bergegas memasuki kenderaan yang sedang menunggunya.

“Masih, masih (tinggal serumah). Mohon pengertiannya ya,” Katanya.

Terdahulu, Rizky yang dibebaskan pada Jumaat lalu perlu melapor diri di balai polis dua kali seminggu bagi mengikuti prosedur yang ditetapkan sehingga kes tersebut selesai.

Sebelum itu, pelakon drama Anak Jalanan ini berjanji akan mencintai Lesti seumur hidupnya, menjadi suami yang baik dan bapa yang bertanggungjawab.

Menurut Rizky Saya sangat mencintai isteri saya. Saya selalu ingin jadi pelindung bagi keluarga saya. Namun sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan.

Saya sudah meminta maaf kepada isteri dan keluarga, serta masyarakat. Mudah-mudahan dengan kejadian ini saya akan jadi lebih baik. Mudah-mudahan dengan kejadian ini boleh membuat rumah tangga kami semakin kukuh, kuat, dan tidak terpengaruh dengan apa jua hal.

Sementara itu, peminat yang masih marah dengan keputusan Lesti memaafkan suami meminta pihak Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) memboikot penyanyi itu.

Tampil menjelaskan situasi itu, jurucakap KPI berkata, tidak semudah itu untuk melakukan boikot kepada seseorang

Walaubagaimanapun menurut Lesti tentang isi boikot pula "dalam hal ini kami akan menjalankan tugas sesuai dengan tanggungjawab kami. Adakah harus boikot? Tentu ada mekanismenya yang harus kami lakukan,”

Sebelum ini, Lesti membuat laporan polis dan mendakwa dipukul suaminya pada 28 September 2022, sekitar pukul 1.51 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) di kediaman mereka, Cilandak, Jakarta Selatan.

Penyanyi lagu Sekali Seumur Hidup itu mendakwa suaminya berlaku curang sehingga berlaku pergaduhan antara mereka.

Rizky didakwa bertindak agresif dengan memukul dan mencekik isterinya sehingga terjatuh ke lantai.

Bagaimanapun, penyanyi itu mengejutkan ramai pihak apabila menarik balik laporan polis yang dibuat dan memaafkan suaminya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.