Nipoh Beach Cottage : Resort Terbaru Ala-Bali Di Tepi Pantai Terengganu!

TRAVEL
January 05, 2023 - 11:47 AM


Selalunya selepas tamat sahaja musim monsun atau tengkujuh di bahagian negeri Pantai Timur yang dijangka pada Mac ini -- kebiasaannya Terengganu pasti 'diserbu' dengan pelancong tempatan dan antarabangsa yang dah lama rindukan suasana pantai serta keindahan pulau-pulau di sana.

Jika anda mempunyai perancangan untuk bercuti ke Terengganu di tahun baru 2023 ini, mungkin anda boleh cuba merasai pengalaman menyeronokkan dengan menginap di sebuah resort terbaru ala-Bali yang ada di Terengganu.

Resort berkenaan diberi nama "Nipoh Beach Cottage" yang terletak di Kampung Che Wan, Kijal, Kemaman, Terengganu.

Berkonsepkan Bali dan juga sedikit elemen kedesaan, Nipoh Beach Cottage menyediakan 15 bilik buah bilik buat tetamunya.

Harga bilik-bilik mereka untuk kadar satu malam adalah RM200 (hari biasa) serta RM250 (hujung minggu & cuti sekolah) termasuk dengan sarapan percuma bagi 2 orang.

Kesemua bilik di resort tersebut mempunyai saiz keluasan yang sama serta dilengkapi dengan katil bersaiz queen yang selesa untuk memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.

Malah, kesemua 15 buah biliknya disusun atur menghadap kolam renang.

2 kolam renang disediakan dengan kedalaman berbeza khas untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Sebenarnya, Nipoh Beach Cottage ini terletak bersebelahan sungai yang mana tetamu boleh melakukan aktiviti berkayak, menjala atau memancing.

Malah ia juga berdekatan dengan Pantai Penunjuk Kijal dan tetamu boleh bersantai di pantai bagi menikmati pemandangan indah matahari terbit atau tenggelam di sana. Memang menakjubkan!

Bagi kemudahan jika ada tetamu yang ingin membuat aktiviti barbeku, pihak resort turut menyediakan BBQ pit.

Jika anda inginkan sebarang maklumat tambahan anda boleh menghubungi mereka di talian 014-292 4547.

Sumber: Surgaroute

Destination: