Pembayaran Melalui DuitNow QR Kod Kini Boleh Digunakan di Indonesia
TRAVELBank Negara Malaysia dan juga Bank Indonesia kini mengumumkan pengenalan rasmi ciri kerjasama strategik, untuk penggunaan dan integrasi pembayaran berasaskan kod QR.
Melalui integrasi ini, pembayaran menggunakan kod QR antara sistem DuitNow dan juga QRIS di Indonesia dipautkan. Hasilnya, pengguna Malaysia dengan dompet digital menyokong DuitNow boleh membayar di Indonesia dengan mengimbas kod QRIS.
Perkara sama juga untuk penduduk di Indonesia, dimana boleh melakukan pembayaran di Malaysia dengan mengimbas kod DuitNow menggunakan aplikasi yang menyokong QRIS.
Dengan langkah ini, ia dijangka akan meningkatkan kadar ekonomi antara negara, terutamanya melibatkan perbelanjaan ketika melancong antara negara.
Fungsi DuitNow QR kini boleh digunakan di Indonesia
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia (BI) telah mengumumkan pengaktifkan ciri pembayaran berasaskan kod QR merentasi sempadan. Ia selepas keberjayaan fasa ujian yang telah diselesaikan kedua-dua pihak pada 27 Januari 2022 yang lalu. Hal ini bermakna, rakyat Malaysia boleh ke Indonesia dan menggunakan aplikasi yang menyokong DuitNow QR untuk mengimbas kod QR QRIS iaitu piawaian pembayaran berasaskan kod QR untuk negara Indonesia.
Sekiranya anda pergi ke laman rasmi Maybank2U, anda sudahpun boleh melihat logo QRIS sebagai sealah satu piawaian yang disokong untuk pembayaran meggunakan kod QR. Dua lagi pasaran boleh anda nikmati servis yang serupa adalah Thailand dan Singapura.