Review 19 Jam Dalam Tren Baru! Trip Kereta Api Dari Hatyai Ke Bangkok!

TRAVEL
August 29, 2022 - 01:02 PM


Antara pengalaman seorang traveller perlu lalui dan nikmati, sudah tentu pengalaman travel dengan menaiki kereta api! Tak perlu pergi jauh, di negara kita mahupun negara jiran Thailand boleh dapat feel yang sama macam di Eropah.

Seorang pengguna Twitter @hazwanffiz berkongsi pengalaman beliau menaiki Tren no 32 Special Express CNR yang baru, dari Hatyai ke Bangkok! Perjalanan yang mengambil masa 19 jam. Jom kita baca review abang Hazwan! 

Tren berlepas jam 5.45 p.m waktu tempatan dari stesen Hat Yai Junction.

Ada beberapa perjalanan tren Hat Yai - Bangkok setiap hari. Ada kelas pertama, kedua & ketiga. Sama ada berhawa dingin atau kipas.

Tren Hatyai-Bangkok yang abang naik ni tren No 32 Special Express CNR. Lebih moden berbanding tren yang lain. Katil bawah untuk kelas kedua berharga THB 1,105. Kelas pertama lebih mahal. Cuma ada 1st & 2nd class. Semua berhawa dingin.

Tiket tren boleh dibeli secara online melalui laman web Thai Railways.Setiap tempat duduk ada plug tersendiri untuk pengecasan telefon.

Kerusi akan ditukar menjadi katil oleh petugas keretapi seawal jam 7.00 malam. Dapat selimut, bantai dan cadar baru. Ada meja jugak untuk acah² catit travelog.

Jangan risau bab tandas. Ada sinki besar di luar, dan tandas yang luas di belakang gerabak. Sangat² bersih. Jenis vacuum sedut macam kapal terbang.

Tren akan cuma berhenti di bandar² besar untuk mengambil & menurunkan penumpang. Perasaan dia macam naik ETS. Senyap & lancar. Takda bunyi bising macam tren lama.

Lepas Subuh waktu paling lawa. Waktu matahari naik. Sambil² berselimut melayan perasaan, boleh tengok suasana kampung, sawah bendang, pekan² kecil.

Petugas keretapi akan kemaskan katil untuk ditukar menjadi kerusi balik bila tiba waktu pagi. Yang masih tidur & berselimut dia tak kacau.

Untuk makluman takda cafe ya dalam tren ni. Untuk sarapan pagi, beli makanan siap² di Hat Yai sebelum naik tren. Contoh macam Maggi ka. Boleh pesan kopi panas dekat petugas. Minta air panas sekali untuk Maggi.

Bungkus siap² la sarapan nak bertahan 19 jam dalam tren tu. Maggi macam tak berapa cukup

Ditekankan di sini ada banyak jenis tren ya dari Hat Yai ke Bangkok. Ada tren lama yang lebih murah. Pastikan nombor tren sebelum beli tiket. Untuk tren moden buatan China ni dipanggil Tren No 32 Special Express CNR. Ada yang tersalah beli tiket, naik tren yang lama.

Tren akan berhenti akhir sekali di Stesen Bangkok atau nama dulunya Stesen Hua Lumphong lebih kurang jam 12.30 p.m Boleh juga berhenti di stesen baru Bang Sue Grand Station sebelum itu. Selepas ini, semua operasi tren akan dipindahkan ke Bang Sue Grand Station.

Sumber dan Kredit: @hazwanhfiz (Twiiter)

Destination: