Rupanya Ini 15 Pantai Terpaling Cantik Di Dunia, Rugi Tak Masuk Dalam Senarai Percutian Anda!

TRAVEL
August 14, 2023 - 03:05 PM


Siapa yang tidak sukakan pantai? Rasa pepasir di celahan jari kaki anda, bau air laut masin di udara dan bunyi ombak menenangkan yang menghempas pantai – tiada yang sama sepertinya! Tetapi, tak semua pantai itu sama. Ada pantai yang bagus dan ada juga pantai yang sangat bagus.

Berikut adalah senarai pantai yang perlu anda kunjungi dan perlu ada dalam senarai pantai yang perlu dilawati sekali seumur hidup.

1. Source d’Argent – Seychelles

Di sebuah tanjung yang terlindung, di satu daripada 115 pulau yang membentuk Seychelles, terdapat satu pantai berwarna pink yang amat sepadan dengan warna biru air laut yang indah. Di sini, anda terasa bagaikan di dunia fantasi.

Apabila anda melihat di sekeliling, anda akan nampak satu batu yang sangat besar. Ia menjadi gambar latar belakang yang sangat fotogenik untuk rakaman foto anda. Sudah banyak kali ia dinobatkan sebagai pantai tercantik di dunia. Mari jadikan ia satu destinasi yang perlu anda kunjungi!

2. Glass Beach – USA

Pantai yang dipenuhi dengan barangan terbuang mesti tidak cantik dan merimaskan. Tetapi, untuk pantai yang satu ini, ianya sebaliknya!

Terhasil dari bahan buangan yang dibuang pada abad ke 20, pantai ini dipenuhi dengan cebisan kaca dan porselin. Ia telah dikikis oleh air laut sehingga licin dan tertolak ke pantai. Ia mungkin nampak pelik pada mulanya, namun ia agak menarik untuk dilihat dan dihayati. Anda tidak boleh mengambil kaca-kaca ini, tapi ia juga tak bermakna anda tidak boleh menikmati pemandangannya.

3. Playa del Amor – Mexico

Juga dikenali sebagai pantai tersembunyi, Playa De Amor terletak di satu kawasan yang dahulunya digunakan untuk menguji senjata perang. Pantai ini terletak di dalam gaung yang terbentuk akibat daripada impak letupan bom.

Berenang di sini agak berbahaya disebabkan oleh adanya batu dan ombak kuat tetapi ia sememangnya satu tempat yang cantik untuk relaks. Malah, anda juga boleh melihat ikan paus di sini dan ia semestinya sangat berbaloi!

4. Greenfield Beach – Australia

Greenfield Beach terletak hanya beberapa jam dari Bondi Beach yang sangat popular di Sydney, tetapi pantai ini juga masih tetap dikenali sehampir dengan populariti Hyams Beach. Namun, tak ramai yang tahu tentang kewujudan pantai Greenfield ini.

Jika berkunjung ke sini, pastikan anda membawa cermin mata hitam kerana pantai di sini sangat putih sehingga menyilaukan mata. Anda mulanya akan melalui hutan pokok eukaliptus dan tiba-tiba akan muncul di pantai yang serba memutih ini. Ia satu pengalaman yang menakjubkan!

5. Praia da Salema – Portugal

Bahagian barat Algarve tidak terbentuk sepantas bahagian persisiran selatan Portugal. Namun, itu sesuatu yang baik. Di sini, tersimpannya satu permata pra sejarah yang sangat unik.

Sangat indah, bukan sahaja disebabkan oleh pantai yang serba putih dan laut membiru, tetapi juga disebabkan oleh jejak kaki dinasour yang dikatakan masih ada di permukaan batu kapur di sini. Ada banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini selain daripada bermandi-manda atau relaks di bawah sinaran cahaya matahari.

6. Cala Gonone – Sardinie

Antara perkara paling sukar untuk dilakukan ketika mencari pantai tercantik di Sardinie ialah mencari pantai yang tidak akan menelan belanja yang besar. Dan itulah yang Pantai Cala Gonone tawarkan kepada anda.

Ini agak luar biasa kerana pantai ini terletak di kejiranan yang mewah dan mahal. Pantai Cala Gonore mempunyai pasir pantai yang memutih dengan batu-batu kecil yang cantik. Ia amat sepadan dengan warna air laut yang membiru dan tenang, sesuai untuk aktiviti berenang dan snorkeling. Anda juga boleh menerokai gua yang ada di sini.

7. Sunj – Croatia

Mencari pantai yang berpasir agak sukar untuk dilakukan di Croatia kerana kebanyakkan pantai di sini ialah berbatu. Nasib baiklah ada Sunj, iaitu salah satu pantai berpasir yang ada di sini. Ia selamat untuk berenang di sini kerana airnya tidak dalam. Ada pelbagai aktiviti pantai di sini dan anda tidak akan berasa bosan. Mereka yang suka hiking pula boleh menerokai kehijauan hutan yang mengeliling pantai tersebut.

8. Ramla l-Hamza Gozo – Malta

Pepasir pantai yang berwarna sedikit keperangan merupakan keunikan pantai ini. Apabila ia bergabung dengan deruan ombak laut yang membiru, ia memberikan pemandangan yang menakjubkan.

Air laut di sini merupakan antara air yang paling jernih di kawasan Mediterranean. Jadi, jangan terlepas untuk snorkel dan menikmati pemandangan bawah laut. Kawasan ini mungkin kekurangan kemudahan tandas dan tempat mandi, tetapi pemandangannya membuatkan ia berbaloi untuk dilawati.

9. Praia da Fortaleza – Brazil

Pantai yang terpencil ini terletak di pulau yang tiada kenderaan. Mungkin agak sukar untuk datang ke sini, tetapi ianya berbaloi walaupun ada sedikit cabaran pengangkutan. Pemandangan pantai membuatkannya berbaloi untuk dikunjungi.

Lihat dan nikmatilah pemandangan yang jauh saujana memandang. Pantai ini sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti surfing, berenang dan hiking. Malah terdapat juga kubu laut yang terletak tidak jauh sekiranya anda berjalan kaki dan menerokai kawasan ini.

10. Amanohashidate – Jepun

Kyoto merupakan sebuah bandar yang mempunyai banyak tokong suci. Dikatakan bahawa terdapat sebuah pantai di sini yang menjadi jambatan penyambung ke syurga.

Terdapat tebing pasir sejauh dua batu yang dipenuhi dengan pokok nenas di sini. Anda boleh melalui jalan yang sering dilalui pengunjung lain atau melencong dan menemui pantai terpencil dan menikmati waktu sunyi anda sendiri. Anda akan berasa seperti pantai itu milik anda. Kedua-dua ini akan memberikan pemandangan yang indah kepada anda.

11. Grace Bay – Kepulauan Turk dan Caicos

Grace Bay dikatakan menjadi pantai terbaik menurut TripAdvisor. Ia mempunyai pantai yang sangat putih dan air yang sangat biru. Kedua-dua warna alam ini membentuk satu harmoni yang sempurna. Tempat ini akan mengecas semula tenaga dalam diri anda.

Tidak sukar untuk mencari pantai terbaik di Turk dan Kepulauan Caicos. Pantai yang satu ini pasti akan mengagumkan anda.

12. Whitehaven Beach – Australia

Pantai ini ialah sebahagian daripada The Great Barrier Reef. Whitehaven Beach mempunyai pasir yang lembut dan putih dan dikelilingi oleh hutan yang menghijau.

Di sesetengah bahagian pantai ini, ia bagaikan belum pernah disentuh oleh manusia. Ia seolah-olah tidak pernah melihat seorang manusia menerokainya. Ia hanya boleh diakses melalui helikopter, bot atau kapal terbang. Anda akan merasakan seolah-olah kembali ke masa lalu ketika berada di pantai ini.

13. Navagio Beach – Greece

Ia sangat ikonik, semuanya berterima kasih kepada kapal tinggal yang ada di sini. Tanjung ini mempunyai banyak benda untuk ditawarkan, bukan sekadar kapal ini sahaja.

Airnya dalam dan membiru, ia kontras dengan sangat cantik dengan pantai yang memutih dan cerunnya dipenuhi dengan rimbunan pokok menghijau. Pulau ini menjadi impian setiap fotografer. Malah, berenang di sini juga amat menyeronokkan!

14. Pig Beach – Bahamas

Apabila anda memanggil seseorang itu khinzir, itu panggilan yang amat buruk, namun haiwan ini telah menjadi sebahagian daripada perkara menarik yang ada di pantai ini.

Lupakan sebentar tentang pasir pantainya yang serba putih dan air laut cantik berwarna turquoise. Pantai ini mendapat nama uniknya daripada khinzir tropika yang berkeliaran di pulau ini. Haiwan ini amat jinak tetapi tiada siapa tahu bagaimana ia boleh berada di pantai ini. Tapi, ianya satu hal yang baik. Ia menjadi satu peluang yang unik bagi anda, menarik dengan caranya tersendiri kerana boleh berenang di sebelah haiwan ini.

15. Reynisfjara Beach – Iceland

Air di sini sangat sejuk, hanya yang berani sahaja berani untuk berenang di dalamnya. Pantai ini sungguh unik, tiada yang lain sepertinya.

Pantai ini sangat berbeza berbanding pantai yang disebutkan di dalam senarai ini. Batu basalt yang besar, ombak kuat dan pasirnya yang hitam kelihatan sangat indah di sini. Deruan ombak yang membelah pantai menambahkan lagi pemandangan indahnya, yang akan membuatkan anda tidak dapat melupakan pantai ini. Ianya gelap dan bermisteri, itulah daya tarikannya yang akan membuat anda kagum.

Sumber: The Travel Breeze

Destination: