7 Pesawat Malaysia Airlines Terpaksa Berpatah Balik Kerana Masalah Teknikal Tahun 2024
TRAVELKementerian Pengangkutan sedang menunggu laporan lengkap daripada Malaysia Airlines Berhad (MAB) berhubung masalah teknikal membabitkan pesawatnya ke Seoul, Korea Selatan awal pagi tadi.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah berhubung dengan syarikat penerbangan tersebut bagi mendapatkan penjelasan mengenainya.
“MAS akan buat kenyataan dan saya telah berhubung dengan mereka. Kita tunggu laporan lengkap berkenaan masalah teknikal tersebut dan saya telah meminta pihak MAS membuat kenyataan tentang perkara itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (Kereta) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.
1. Penerbangan Malaysia Airlines mengalami ‘isu tekanan’ semasa dalam penerbangan ke Bangkok
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami ‘isu tekanan’ semasa dalam penerbangan ke Bangkok, Thailand, pada 24 Jun, selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5.59 petang.
“Juruterbang telah memulakan penurunan kecemasan walaupun tekanan dalam kabin tidak melampaui dan topeng oksigen penumpang tidak digunakan,” kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia.
Pesawat kekal stabil dan kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ia selamat mendarat pada 8.18 malam.
2. Pesawat Malaysia Airlines dari Hyderabad patah balik susulan masalah enjin
Malaysia Airlines Bhd mengesahkan penerbangan MH199 dari Hyderabad ke Kuala Lumpur hari ini kembali berpatah balik ke Hyderabad susulan masalah dengan salah satu enjin semasa pendakian selepas berlepas.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata, pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada jam 3.21 pagi waktu tempatan.
"Semua penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat. Penumpang yang terjejas akan ditawarkan penerbangan lain untuk meneruskan perjalanan mereka.
"Pesawat itu kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut. Keselamatan adalah kekal penting kepada Malaysia Airlines," katanya.
3. Pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur menuju ke Madinah terpaksa berpatah balik
Pada 22 Ogos, penerbangan MH152 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 2.23 petang menuju ke Madinah, Arab Saudi terpaksa berpatah kerana isu “pressurisation forced” dan mendarat semula di KLIA pada 5.22 petang.
4. Masalah teknikal, pesawat MH156 bawa jemaah umrah patah balik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat Malaysia Airlines MH156 yang dalam perjalanan ke Jeddah telah berpatah balik ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud ketika dihubungi Bernama berkata pesawat tersebut yang membawa lebih 250 jemaah umrah, dipercayai berpatah balik disebabkan masalah teknikal.
"Pihak syarikat telah memberikan laporan awal kepada CAAM, maklumat terperinci mengenai insiden ini kena tunggu siasatan penuh.
"Ini hanya sebagai langkah berjaga-jaga disebabkan isu teknikal, mereka memutuskan untuk tidak meneruskan penerbangan," katanya.
5. Pesawat Malaysia Airlines hadapi masalah tekanan dalam kabin, patah balik ke KLIA
Pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH386 disyaki mengalami 'isu tekanan kabin' semasa dalam penerbangan ke Shanghai selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada Selasa jam 9.14 malam.
Menurut data dari Flight Radar, pesawat Airbus A330-300 dengan pendaftaran 9M-MTG itu mengisytiharkan kecemasan am sejurus selepas berlepas dari Kuala Lumpur.
Penerbangan itu menggunakan kod 7700 dan memulakan penurunan hingga 10,000 kaki yang menunjukkan kemungkinan masalah tekanan kabin.
Pesawat itu dilaporkan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas 70 minit di udara
6. Pesawat Malaysia Airlines dilencungkan ke Alice Springs
Sebuah pesawat Malaysia Alirlines (MAS) yang dalam penerbangan dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Alice Springs awal pagi ini.
Penerbangan MH128 yang menggunakan pesawat Airbus, A330-300 itu berlepas dari Melbourne kira-kira jam 11.20 malam waktu tempatan dan menurut laman sesawang penjejakan penerbangan, pesawat terbabit dilencongkan ke Alice Springs awal pagi Selasa, lapor SBS News.
SBS News yang memetik seorang penumpang tidak mahu dikenali berkata, kapten penerbangan mengumumkan enjin pesawat ‘stall’ (pegun) dan pesawat perlu membuang bahan bakar selama dua jam sebelum mendarat di lapangan terbang tersebut.
Penumpang tersebut memberitahu, pesawat itu mendarat pada jam 4.35 pagi waktu tempatan.
7. Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan mengalami masalah teknikal
Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.
FlightRadar menunjukkan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH66 berlepas dari KLIA ke Seoul pada jam 11.50 malam tadi.
Menurut penjejak penerbangan global itu, pesawat Airbus A330-323 tersebut berpatah balik dan mendarat dengan selamat di KLIA pada jam 12.34 pagi tadi.