Seronok Holiday Sini Sepanjang Tahun! - 5 Tips Bercuti Ke Pulau Pangkor
TRAVELPulau pangkor antara pulau peranginan yang sering menjadi tumpuan ramai. Tambahan pula kalau nak bercuti ke sini boleh datang pada bila-bila masa sepanjang tahun kerana lautnya tidak mengalami monsun seperti di negeri-negeri Pantai Timur.
Bentuk muka bumi dan alam semulajadinya yang terpelihara dengan baik menjadikan ia lokasi yang tepat untuk anda yang ingin menghirup udara segar sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti jungle trekking, bird-watching, snorkeling, berkhemah dan macam-macam lagi-lah.
Kalau anda sukakan aktiviti-aktiviti outdoor dan ingin mendekati flora dan fauna yang tak dapat dinikmati di kawasan bandar, jomlah ke Pulau Pangkor. Kalau anda datang dari kawasan bandar seperti KL atau Selangor, ini adalah salah satu pulau terdekat yang boleh dilawati.
Hanya mengambil masa 40 minit perjalanan menaiki feri dari Jeti Lumut. Buat anda yang masih belum pernah sampai ke Pulau Pangkor, ini 5 tips untuk anda meneroka ke pulau pelancongan ini.
1. Cara Pergi Ke Pulau Pangkor
Anda perlu menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor dan tak perlu risau kerana perkhidmatan feri ini bermula seawal 6.30 pagi sehingga lewat petang. Ada dua terminal feri untuk ke Pulau Pangkor iaitu Jeti Lumut dan terbaru, Kompleks Jeti Marina Island.
Kompleks Jeti Marina Islan yang baru dibina ini kedudukannya lebih hampir dengan Pulau Pangkor. Untuk harga feri pergi balik hanyalah dalam RM14 seorang.
2. Pilih Tarikh Yang Sesuai
Pulau Pangkor tidak seperti pulau-pulau lain di Pantai Timur dan keududukannya sangat strategik serta sepanjang tahun boleh datang beructi ke sini. Cuma kena pilih tarikh yang sesuai supaya tidak bertembung dengan tarikh cuti umum.
Kita mestinya hendakkan percutian yang menenangkan dan tak sesak, tambah-tambah lagi di tempat peranginan. Andainya terpaksa datang bercuti pada cuti umum, terpaksalah berdepan dengan waktu puncak musim cuti sekolah dengan jumlah pengunjung yang sangat ramai.
3. Tentukan Cara Dan Kenderaan Ke Sana
Jika anda mahu bawa kereta atau motor terus ke pulau, boleh gunakan khidmat feri kargo untuk bawa kenderaan anda ke pulau tersebut. Ada 3 bot kargo yang menyediakan perkhidmatan sebegini iaitu Bot Kargo Ah Seng, Bot Kargo Hua Wei dan Bot Kargo Jeti Marina.
4. Ketahui Tempat Menarik
Pulau Pangkor ni banyak dengan kesan peninggalan sejarah serta pemandangan di sini juga cantik. Disebabkan itulah ramai pelancong dan pengunjung dari luar ingin bercuti ke sini. Min yakin kalau anda study dari awal tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor, percutian sekeluarga akan lebih sempurna.
Antara tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor yang boleh dikunjungi ialah:
- Kota Belanda
- Pulau Sembilan
- Batu Bersurat
- Pantai Teluk Nipah
- Galeri Panorama Pangkor
- Masjid Sungai Pinang Kecil
- Teluk Segadas
5. Senaraikan Aktiviti Harian Anda Di Pulau Pangkor
Percutian waktu siang di Pangkor boleh dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai. Antaranya ronda-ronda sekitar pekan Pangkor, lihat nelayan menangkap ikan guna pukat tarik, lihat penduduk setempat usahakan perniagaan ikan kering, lakukan aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor, naik bot di Pulau Pangkor untuk keliling pulau dan banyak lagi.
Untuk aktiviti malam di Pulau Pangkor ini pula, boleh berjalan di persisiran pantai, bina unggun api sambil ber-BBQ, nikmati makan malam menu ikan bakar di Restoran Shema Hashim Pulau Pangkor dan macam-macam lagi-lah aktiviti yang boleh dibuat!
Senang saja jika anda mengikuti tips yang diberi ini kerana ia sangat basic dan boleh dibuat oleh semua pengunjung. Jadi, tak perlulah anda pening kepala nak merancang apa yang nak dilakukan apabila sampai ke sini nanti.
Sumber : Libur